Tazkirah Buat Hati

aynora nur | 21 July, 2016,2:05 PM |
Advertisement
Hati yang bahagia adalah hati yang ikhlas. Hati yang ikhlas selalu redha dengan takdir yang Allah tuliskan buatnya. Selalu bersangka baik dengan Allah untuk dapat hati yang tenang dan senang hati..

Kadang kala kita melihat, seseorang itu kelihatan murung. Sepertinya sedang di landa segunung besar masalah terhadap dirinya. Lalu perhatikan, apa yang akan dilakukan olehnya nanti. Pada kebiasaannya, mereka-mereka yang seperti ini akan mengunjungi masjid-masjid ataupun surau-surau bagi mententeramkan hati masing-masing. Dan pada masa itu, akan kelihatan pertambahan amal ibadah seperti membaca Al-Quran, kerap kali melakukan solat-solat sunat, berpuasa dan lain-lainnya. Tetapi ini tidak bermaksud mereka-mereka yang mengunjungi masjid-masjid atau surau-surau adalah hanya ketika di landa masalah saja. Mungkin segelintir saja yang melakukan hal ini. Tetapi itulah yang di katakan fitrah manusia. Manusia itu fitrahnya bersih dan suci. Tetapi apabila tersilap mengambil langkah, maka diri yang mulanya bersih dan suci itu, akan berubah menjadi kotor dan jijik. Disebabkan perubahan yang negatif ini, secara automatiknya mereka akan bersegera untuk menyucikan diri masing-masing. Kembali untuk menjadi fitrah yang asal. #sumber {http://usrahislamiyah.blogspot.my/2011/03/adadadad.html}



Tazkirah Buat Hati


1) Tanda-tanda kematian hati. Banyak ketawa. Banyak tidur. Banyak makan. Banyak berbual kosong. Al Fatihah untuk hati yang sedang sakit.

2) Petua senang hati:

  • Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan ALLAH
  • Lati hati sentiasa ingat, ALLAH memberi pahala kepada kita setiap kali kita diumpat.
  • Latih hati selalu bergantung kepada ALLAH dan tidak terlalu mengharapkan manusia.
  • Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat dari ALLAH
  • Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun dari ALLAH 
3) 20 Penyakit hati terhadap Allah:

Tidak khusyuk kepada Allah
Lalai dalam beribadah
Tidak yakin dengan Allah
Tidak ikhlas dengan Allah
Tidak takut pada ancaman Allah
Tidak harap pada rahmat Allah
Tidak redha akan takdir Allah
Tidak puas dengan pemberian Allah
Tidak sabar dengan ujian Allah
Tidak syukur atas nikmat Allah
Tidak terasa hebatnya Allah
Tidak rindu dan cinta pada Allah
Tidak tawakkal pada Allah
Tidak rindu pada syurga
Tidak takut pada neraka
Gila pada dunia
Buang masa dengan sia-sia
Takut pada orang dan makhluk lain selain Allah
Riak dan takbuur
Gila pujian dan kemashyuran

4) Ubat Hati:

Baca al Quran dan maknanya
dirikanlah solat malam
berkumpul dengan orang soleh
perbanyakkan berpuasa
perbanyakkan zikir malam

Semoga perkongsian tazkirah buat hati ini dapat memberikan kita ilmu dan pelajaran untuk dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Cintai akhirat dan sayangi dunia, semoga kita menjadi insan yang kaya bahagia dunia akhirat.

Insyaa Allah

Sebarkan bahagia
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Tazkirah Buat Hati"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top