Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah

Ikan pekasam? Apa bendanya tu? Bagi budak2 sekolah bolehlah tanya soalan macam tu, tetapi bagi orang dewasa tak kenal ikan pekasam, memang2 tak patut!! Haha...itulah reaksi pertama saya ketika dapat ikan pekasam free dari adik saya. Saya dok tanya macam mana nak masak?? Akibatnya jadi bahan gelak je saya ni...

Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah 
Inilah rupa ikan pekasam yang saya dapat free dari adik saya tu...selamba saya tanya macam mana nak masak, akhirnya kena gelak je...hihi

Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah

So, demi nak masak ikan pekasam dapat free tu, saya pun google cara masak ikan pekasam paling mudah. Haaaa...dapat pun dari blog ...

Jom sesama kita cuba....

Sebelum itu, ada saya terbaca di blog MamaAna serba sedikit bagaimana ikan pekasam itu dihasilkan. Mula-mula, ikan di basuh & di toskan, kemudian di lumurkan dengan garam seluruh badannya & di simpan 2 -3 hari, (pastikan airnya sentiasa di buangkan). Sangaikan beras sehingga bertukar perang & di tumbuk kasar. Ikan yang ditelah di simpan 2-3 hari, di bersihkan semula & di toskan. Beras yang di tumbuk kasar, di lumurkan kepada ikan. Susun ikan yang bersalut beras goreng di dalam bekas yang kering & bersih. Jika ada kelebihan beras goreng, taburkan je kesemuanya di atas ikan...untuk cara selanjutnya kenalah kunjungi blog Mama Ana tu ya

Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah


Bahan-bahan:

1 ekor ikan pekasam
2-3 biji cili padi
1 biji bawang besar

Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah


1. Potong 1 biji bawang besar atau bawang merah sikit, lepas tu cili 2 - 3 biji..

2. Keluarkan ikan pekasam dari bekas, biarkan dengan beras-berasnya. Jangan basuh..


3. Goreng dulu ikan pekasam ikut suka (separuh atau seekor), kalau setakat makan sorang goreng setengah je. Ikan pekasam ni style makannya sikit-sikit saja..

4. Bila ikan pekasam dah garing, masuk kan bawang besar dan cili padi yang telah dipotong tadi.

5. Bila bawang dah masak/garing angkat dan siap dihidang dengan nasi panas.

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.