Kisah Pengajaran Baju Anak Khalifah Umar Al Khattab

Salam Jumaat wahai sahabat mukmin. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan hidayahNya buat kita semua. Perbanyakkan selawat dan salam kepada baginda Rasulullah hingga kita rasa kecintaan dan kerinduan kepadanya semakin bertambah.

Jom check IMAN kita pada hari ini. Di manakah darjatnya? Di manakah hati kita pada saat kita menyebut dan mengingati Allah. Adakah kita tidak berasa apa-apa bila mengingati Allah? Jika ya, perbaikilah hati kita sebelum Allah menutup pintu hatiNya untuk kita...naa'uzubillah...

Kisah Pengajaran Baju Anak Khalifah Umar Al Khattab


Kisah Pengajaran Baju Anak Khalifah Umar Al Khattab


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Umar b. al Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika di tanya oleh ayahnya, anak itu menjawab: "Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejek. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini." 

Mendengar pengaduan anaknya itu, timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara meminta agar beliau dipinjamkan wang empat puluh dirham dengan jaminan gajinya bulan depan di potong. 

Maka Bendahari Negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi: "Wahai Omar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan? Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?" 

Membaca surat itu maka Omar tersungkur menangis lalu berkata kepada anaknya: "Pergilah engkau wahai anakku kesekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi." 

Sedih. Sungguh dalam pengajaran yang diperoleh dari kisah di atas.

Maksudnya hidup janganlah berhutang sesuka hati jika kita sendiri tidak mampu menjamin umur kita sehingga bilakah kita hidup...

Gunakan kemampuan yang ada dan hiduplah secara sederhana. 

Biarlah kita hina di mata manusia asalkan Allah memandang tinggi terhadap kita. Redha Allah yang dikejar, bukan nya memuaskan hati manusia...

#sebarkan bahagia
#aku ingin bahagia

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.