Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kompilasi Resepi Warisan

Berita gembira untuk peminat dan pengumpul resepi warisan nenek moyang kita. Saya nak war-warkan pada anda di luar sana, bahawa Bookcafe ada menjual buku Kompilasi Resepi Warisan oleh Chef Hanieliza. Buku ini sangat bagus, dengan kandungan yang menarik dan berwarna warni.

Chef Hanieliza ni bukan sebarangan orang ya...mengikut info yang saya baca daripada blognya iaitu Hanieliza's Cooking, beliau berasal dari Kerteh, Terengganu, Malaysia. Beliau seorang yang suka dan seronok memasak, walaupun bukanlah seorang pakar masakan tetapi hobi mencuba pelbagai masakan untuk hidangan dan sajian keluarga dan juga teman. Chef Hanieliza ada 5 anak iaitu 4 lelaki dan 1 perempuan dan sekarang sudah ada seorang menantu perempuan dan 2 cucu perempuan yang comel..

Kompilasi Resepi Warisan


Kompilasi Resepi Warisan
Gambar kulit buku Kompilasi Resepi Warisan

Sinopsis Kompilasi Resepi Warisan


Kompilasi Resipi Warisan menggabungkan 230 resipi dari 8 buku Siri Resipi Warisan yang pernah diterbitkan. Turut disertakan bonus 20 resipi dari buku yang belum pernah diterbitkan. Mengandungi pelbagai jenis resipi dari lauk-pauk, nasi, kuih-muih dan sebagainya. Bagi setiap resipi turut disertakan langkah demi langkag serta gambar-gambar bagi memudahkan pembaca memahami setiap resipi.

Antara kandungan buku kompilasi resepi warisan ini adalah:

  • 23 Resipi dari Siri Resipi Warisan Bubur (tidak pernah diterbitkan)
  • 23 Resipi dari Siri Resipi Warisan Pulut (tidak pernah diterbitkan)
  • 23 Resipi dari Siri Resipi Warisan Ubi dan Keledek
  • 23 Resipi dari Siri Resipi Warisan Sayur
  • 23 Resipi dari Siri Resipi Warisan Kerabu
  • 23 Resipi dari Siri Resipi Warisan Lauk-Pauk
  • 23 Resipi dari Siri Resipi Warisan Kuih-Muih
  • 23 Resipi dari Siri Resipi Warisan Kekacang
  • 23 Resipi dari Siri Resipi Warisan Ikan Air Tawar
  • 23 Resipi dari Siri Resipi Warisan Masakan BerkuahKompilasi 
Dalam buku ini juga anda boleh mengenali Chef Hanieliza denganlebih rapat. Cuba tengok gambarnya, manis dan humble aje kan...
Kompilasi Resepi Warisan
Antara kandungan buku Kompilasi Resepi Warisan...yummy!! Bubur ayam memang ternyata resepi warisan. Anda tengok dekorasinya saja pun dah rasa lapar, apatah jika merasainya sendiri...

Kalau nak beli buku yang menarik ni, boleh KLIK pada GAMBAR dalam artikel ini.

Kompilasi Resepi Warisan
So, tak payah pening-pening nak cari buku ni kat mana-mana kedai buku. Pergi aje kat Bookcafe dengan KLIK PADA GAMBAR dalam artikel ini. Terus anda akan di bawa ke website berkaitan. 

Jadikan Kompilasi Resepi Warisan di atas salah satu buku koleksi resepi anda. Jom beli sekarang, bila lagi?? Ya tak?

Selamat bershopping buku masakan kesukaan anda...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close