Merdeka Malaysia Sudah 59 Tahun

aynora nur | 31 August, 2016,12:59 AM |
Advertisement
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Alahai...sudah 59 tahun rupanya Malaysia ku yang tercinta ini menyambut kemerdekaan.

Baru saja detik 12 malam berlalu. Laungan merdeka terdengar di seluruh tempat, taman perumahan, dataran, dan dimana saja. Merdeka! Seiringan dengan itu percikan bunga api menghiasi angkasa. Alangkah bangganya sebab kit masih sempat menyambut kemerdekaan dengan aman daman dan santai.

Tetapi merdeka kah hati kita? Merdekakah jiwa kita?
Merdeka Malaysia Sudah 59 Tahun


Merdeka Malaysia Sudah 59 Tahun


Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 59 tahun. Usiamu semakin matang dan dewasa, Malaysiaku.

Sehati Sejiwa. Itulah impian setiap rakyat Malaysia. Bersatu hadapi rintangan, matang bersama dan berjaya diraikan dengan gembira. Berjuang hingga ke mercu jaya.

Tema Hari Kebangsaan Tahun 2016 adalah Sehati Sejiwa. Apa maksudnya tu? Kalau Sejiwa lagu kumpulan Spring saya tahu lah, tetapi Sehati Sejiwa tema hari kebangsaan 2016 membawa makna yang mendalam dan sejagat. Sehati Sejiwa - Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.

Logo Hari Kebangsaan 2016


Merdeka Malaysia Sudah 59 Tahun

Sehati sejiwa
Buat bonda senyum mesra
Mengenang pejuang bangsa
Yang tak kenal usia
Membela tanahair tercinta

Dalam gema laungan merdeka
Bonda ikut terasa
Gigihnya pahlawan negara
Menabur bakti
Demi anak bangsa yang mewarisi
Masa kini....

Usah leka
Usah lena
Bonda mula berundur
Namun nyawa dan badan
Terus berdoa
Merdeka ini merdeka selamanya.
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Merdeka Malaysia Sudah 59 Tahun"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top