PV Aynorablogs Cecah Lebih 1 Juta Pada Bulan Julai 2016

Tudung kanak-kanak
Tinggi rendah sesuatu pageviews blog adalah salah satu faktor menunjukkan samada blog kita itu popular atau sebaliknya. Popular bukan kerana faktor admin yang terkenal atau artikel yang panas tetapi popular di carian Google kerana menggunakan keywords yang betul atau menampilkan konten yang bagus. Ada sesetengah blog menggunakan pendekatan ping post merata-rata, ada kala blogger menubuhkan group khas untuk mewar-warkan artikel yang dibuat. Banyak cara sebenarnya boleh dilakukan untuk meningkatkan PV blog kita.

Namun sebaiknya buatlah artikel anda itu sesuatu yang bermanfaat untuk semua dan tidak memudaratkan khalayak pembaca yang datangnya dari pelbagai latar belakang dan umur. Itulah yang sebaik-baiknya...

PV Aynorablogs Cecah Lebih 1 Juta Pada Bulan Julai 2016


Di bawah ini menunjukkan PV aynorablogs bagi bulan Julai 2016 sebanyak 1,369,972. Maklumat tersebut adalah dari blogger.com. Jumlahnya agak menurun berbanding PV bulan Jun yang lepas.
PV Aynorablogs Cecah Lebih 1 Juta Pada Bulan Julai 2016
Walaupun ada penurunan pada PV tersebut, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berblog dengan lebih gigih lagi. Walaupun nanti setiap bulan saya kena lakukan berganda lagi, saya tak kisah. Saya buat apa yang saya minat dan insyaa Allah terus istiqamah menulis untuk blog saya dan beberapa lagi blog personal yang saya ada.

Anda boleh baca lagi tips yang simple yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Itupun kalau rasa tips-tips berblog saya itu berguna untuk anda praktikkan...

Selamat berblog.

#lakukan apa yang anda suka, insyaa Allah bahagia menanti.  

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.