Resepi Bendi Goreng Tepung Rangup

Tudung kanak-kanak
Anda pernah makan sayur bendi di goreng dengan tepung? Atau adakah ini pertama kali anda dengar? Saya pun macam sebahagian daripada anda, yang baru je dengar sayur bendi tu boleh di goreng rangup dengan tepung. Macam buat goreng pisang tu...

Selain sayur bendi yang boleh di goreng dengan tepung, anda juga boleh goreng terung dan peria dengan tepung. Sedap you....nak senang guna tepung KFC je atau tepung serbaguna yang lain...hihi

Resepi Bendi Goreng Tepung Rangup 
Resepi Bendi Goreng Tepung Rangup

Inilah rupa sayur bendi goreng tepung rangup. Tapi anda juga boleh hiris nipis bendi tu untuk kelihatan lebih cantik...

Resepi Bendi Goreng Tepung Rangup 


Di bawah ini adalah bendi goreng tepung rangup dan terung goreng kunyit yang amat sedap. Macam inilah nanti hasil gorengan anda tu (pic dari FB), sebab sendiri punya tak sempat snap. Nak makan dengan sambal ikan bilis pun sedap...
   
Resepi Bendi Goreng Tepung Rangup

Bahan-bahannya:
* 5 biji bendi Hijau
* 4 sudu besar tepung beras + 1 sudu besar tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu kecil serbuk cili
* 1 sudu besar rempah kari
* 1 sudu kecil serbuk kunyit
* 1/2 sudu kecil garam + sedikit serbuk pati ayam
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
* 2 sudu besar air (tambah jika perlu)

Resepi Bendi Goreng Tepung Rangup
sayur bendi dan terung goreng tepung rangup 

Cara Menyediakan Bendi Goreng Tepung Rangup


1. Basuh bersih bendi dan potong serong dan sama nipis.

2. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk yang berisi bendi tadi kecuali air. Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.

3. Masukkan 1 sudu air dahulu dan gaul rata. Jika ianya nampak masih agak kering masukkan 1 sudu air lagi atau lebih. Pastikan campuran tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan tepung bersalut cantik pada bendi.

4. Panaskan minyak masak secukupnya dalam non-stick pan. Bila minyak dah betul-betul panas masukkan bendi sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.

5. Goreng bendi hingga betul-betul garing. Angkat dan toskan minyaknya. Makan bersama nasi panas atau begitu saja pun sedap.

Atau anda boleh guna tips di bawah untuk bancuhan tepung serbaguna:


1. 10 sudu besar tepung gandum, 1 sudu besar tepung beras, serbuk cili, lada sulah, garam dan perasa. Campurkan semuanya.

2. Pecahkan sebiji telur. Celup bendi dalam telur kemudian dalam tepung yang dah dicampur tadi.

3. Kalau nak campur dengan serbuk roti pun sedap. Lebih rangup.

Selamat mencuba ya....

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.