Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sahabat, Jika Kau Tidak Temui Aku Di Syurga...

Sahabat... walau rendah martabatmu di mata manusia asalkan hatimu penuh tunduk patuh pada RabbMu, akan aku dekatimu tanpa prasangka. Sahabat, andai kamu miskin harta, aku akan tetap berdiri di sampingmu hingga kamu boleh sama tinggi denganku...asalkan kamu memimpinku ke jalan yang lurus.

Sahabat, jika diizinkan kita bertemu aku berharap kita berada di bawah panji bendera agama yang sama iaitu ISLAM. Semoga kita saling memperteguh ikatan, meluruskan barisan dan saling bergandingan menuju kebenaran. Saling berpesan-pesan tentang kebaikan.

Sahabat, Jika Kau Tidak Temui Aku Di Syurga...

Jika nanti di akhirat, kami tidak ada bersama dalam Syurga Allah, carilah kami dan bawalah kami ke syurga bersama-sama.

Sahabat, Jika Kau Tidak Temui Aku Di Syurga...


Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu ketika di dunia. Lalu mereka bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah SWT.

"Ya Rabb...Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, yang solat bersama kami...puasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah SWT berfirman:

"Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." (HR. Ibnul Mubarak dalam kitab 'Az-zuhd')

Al Hasan Al Basri berkata,
"Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat."

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis,

"Jika kalian tidak menemukan aku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah SWT tentang aku,Wahai Rabb Kami...hambaMu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurgaMu."


Maka wahai sahabatku...mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah Taala. Agar aku dapat bersertamu kelak di syurga & RedhaNya.

"Aku memohon kepada Mu Ya Allah, kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada syariatMu. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat denganMu."

Saya sayang sahabat mukmin saya...

#sebarkan bahagia

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close