Header Ads

Bagaimanakah Ciri-Ciri Mukmin Yang Hebat?


Advertisement
Semua orang mengimpikan menjadi hamba Allah dan mukmin yang hebat. Menjadi hebat bukan pada pandangan mata manusia sebaliknya hebat di hadapan Allah. Mereka yang hebat ini harus dijadikan pendamping dalam persahabatan kerana Luqmanul Hakim pernah berpesan pada anaknya, 
“Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
Kehebatan seorang mukmin terlihat dalam tawadduknya ketika beribadat kepada Allah. Pesan Luqman Al Hakim lagi,

“Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”

Bagaimanakah Ciri-Ciri Mukmin Yang Hebat?

Bagaimanakah Ciri-Ciri Mukmin Yang Hebat?


Ada yang kongsikan senarai ini,  untuk menjadi MUKMIN yang hebat antaranya adalah:-

1- Meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia

2- Bersedekah hingga jadi kaya, bukan sudah kaya baru nak mula besedekah

3- Berdakwah hingga menjadi alim,  bukan setelah merasa diri alim baru nak berdakwah

4- Istiqamah ke surau/masjid hingga usia tua,  bukan bila dah tua baru hendak ke surau/masjid

5- Beramal hingga jadi ikhlas,  bukan bila dah rasa diri ikhlas baru nak beramal

Itulah antara ciri-ciri mukmin yang hebat. Asas kepada hebatnya seorang mukmin adalah keikhlasan ketika beribadat kepada Allah. Ikhlas itu ibarat mencari semut hitam di malam yang pekat gelap. Takkan dapat dibezakan, takkan dapat dilihat dengan segera kerana ia terlalu halus, nipis dan hanya Allah yang nampak semua itu, samada nyata atau rahsia.

Semoga Allah pilih kita untuk menjadi mukmin yang hebat dan dimasukkan ke dalam jannah.
Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.