Berdoa Dengan Asmaul Husna | As Sami'uu

loading...
Berdoa Dengan Asmaul Husna | As Samii'uu- As- Samii'u ertinya Yang Maha Mendengar. Segala suara yang halus, yang kuat, yang rahsia semua didengar oleh Allah SWT.

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.
“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | As Samii'u


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | As Samii'
Berdoa dengan asmaul husnaa - al muzill


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Samii'u =  setiap hari menurut kemampuan 


Ertinya : Yang Mendengar (yang kuat dan yang halus, jauh atau dekat)

Kalau ingin doanya mustajab, dan pendengaran telinga tetap tajam, maka biasakanlah baca "Ya Samii'u" setiap hari menurut kemmapuan. Lebib-lebih lagi selepas solat Dhuha dua rakaat. Insyaa Allah segalanya akan mustajab.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | As Samii


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.