Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bila Hati Telah Luka

Bila hati telah sakit kerana disakiti, tiada lagi warna ceria di jalanan itu. Gambaran di wajah menjadi muram, mentari macam tak bersinar..malap je, nak senyum pun tak mampu dengan ikhlas. Begitulah pengaruh hati bila telah disakiti.

Orang yang disakiti bukan sahaja wanita, lelaki pun sama. Pernah menanggung hati yang disakiti. Bagaimana nak buat bila hati telah cedera? Apa perlu dilakukan jika hati di dalam menaruh benci kepada seseorang kerana dizalimi, disakiti dan dikhianati.

Saya petik kata-kata HAMKA;

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Bila Hati Telah Dilukai

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.


Bila Hati Telah Luka


Allah telah berpesan. Baiki hati yang disakiti dengan selalu membaca qalamNya. Isi hati yang kosong dengan doa-doa kebaikan. Mendoakan buat diri, buat orang lain juga. Doa yang tak henti mohon ampunan kepada Allah. Kadang kadang kita tak tahu bahawa kita disakiti disebabkan dosa-dosa kita yang lalu. Kita tak sedar satu masa dulu kita mungkin pernah menyakiti. Hukum Allah amat jelas. Buat baik dibalas baik. Begitulah sebaliknya. Ia bukan hukum karma yang seperti orang sebut-sebutkan, sebaliknya ia adalah kafarah di atas khilaf kita di masa lalu. Terimalah dugaan disakiti dengan lapang dada.

Jika tidak, mungkin kita gagal mengawal emosi lalu macam-macam keburukan menimpa diri seperti kemurungan, sedih, bingung, hilang semangat diri, putus asa dalam kehidupan dan macam macam lagi.

Sebab itu, Allah berkali-kali berpesan hadapi dugaan dan ujian hidup dengan sabar dan solat. Hanya orang yang berjaya melaluinya dengan saranan Allah dalam al Quran itu akan beruntung. Makna beruntung di sini adalah orang yang sabar dan solat akan beroleh kemenangan yang besar dalam hidupnya dalam masa depan. Allah janji bahawa orang yang sabar dan solat ketika menghadapi ujian besar...pasti menerima kemenangan di akhir perjalanan mereka. Kemenangan paling besar yang dimaksudkan adalah KETENANGAN.

Selepas jiwa tenang tiada lagi sakit hati. Tiada lagi dendam. Insyaa Allah kejayaan demi kejayaan dapat dilakar dalam hidup.

Allah akan gantikan kesakitan lalu dengan buah kemanisan. Kebahagiaan pasti datang bertandang. Teruskan melangkah ke depan. Terima kehadiran bahagia dengan tangan terbuka.

Sebarkan bahagia, ya tak?

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close