Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hilangnya Mood Nak Bersukan

Sedih pulak nak cerita kat sini tentang kasut adidas saya yang hilang di curi orang. Kasut adidas tu hilang dalam kawasan rumah sendiri. Hilang kena curi oleh orang yang pecah masuk rumah kami.

Bukan setakat kasut adidas kesayangan saya yang kena kebas, ada lagi 5 pasang kasut adidas suami yang hilang. Kejadian hanya saya sedari sekitar pukul 6 pagi apabila paip air di depan tertanggal gara-gara dipijak oleh pencuri tersebut. Banjir jugak lah kawasan parking kereta....

Kasut-kasut jenama adidas sememangnya terkenal dengan corak kontemporari. Ada sesetengah rekaan pula dititipkan rentak kontemporari dengan serakan warna cat air yang dilengkapi tiga jaluran ikonik yang sengaja ditonjolkan secara besar-besaran sebagai tanda penguasaan label fesyen itu di pentas sukan dunia. Tapi...saya level sukan kat rumah je..



Hilangnya Mood Nak Bersukan


Hilangnya Mood Nak Bersukan
Inilah rupa kasut adidas kesayangan saya. Saya beli ketika ada jualan murah kat JPO. Harganya pun boleh tahan "murah"..hihi

Hilangnya Mood Nak Bersukan
Kasut adidas ni saya baru pakai 2 kali untuk pergi gymnasium dan berzumba. Tak sangka sempat pulak saya snap picture masa kat gym bulan lepas, tak sangka nak hilang rupanya.

Hilangnya Mood Nak Bersukan
Kasut adidas ini memang selesa dipakai, nipis dan warnya amatlah cantik, berwarna warni. Nampak macam feminin sikit...

Kerana hilangnya kasut adidas saya tu, tuan punya badan ni pun dah tak ada mood nak bersukan, tak pegi gym dan dah jarang berzumba. Hissh..

Sedikit info tentang kasut adidas. Penggunaan fabrik lembut antaranya satin yang kemudiannya digabungkan dengan material jaring nipis membuat-kan ZX Flux lebih selesa dan sesuai untuk aktiviti rekreasi. Betul tu...

Palet rona ringkas seperti biru kobalt dan merah terang pula diselang-selikan dengan beberapa pilihan blok warna, inspirasi daripada ZX 8000.

Sukan dan fesyen juga kini dilihat dua elemen yang saling berkait. Jika dulu, kita sukar untuk membayangkan kombinasi dua aliran ini di atas kertas lakaran, malah tidak pernah terlintas di fikiran pakaian sukan boleh nampak anggun apabila kena pada gayanya.

Namun dengan revolusi terkini dalam koleksi pakaian sukan yang diperkenalkan barisan atlet ternama dunia, nyata dua aliran itu mampu mencipta elemen tersendiri, malah menarik perhatian penggemar fe-syen dan peminat sukan.

Impak fesyen dalam sukan sememangnya diterjemahkan dengan baik bagi rekaan ZX Flux bercirikan corak kulit harimau bintang.

Corak hangat yang sentiasa jadi tumpuan hampir setiap musim ini digarap sebaiknya oleh Adidas Originals lalu disertakan tiga jaluran ikonik dalam rona merah hati.

Itu sebabnya dalam koleksi kasut sukan saya, lebih banyak adidas daripada koleksi jenama lain.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close