Lemon, Halia, Asam Keping & Epal Hijau Cepatkan Kurus

aynora nur | 26 September, 2016,10:07 AM |
Advertisement
Lemon, Halia, Asam Keping & Epal Hijau Cepatkan Kurus. Mak aiihhh, pagi pagi saya dah cerita tentang diet. Diet untuk apa? Untuk sihat, kurus dan cantik. Itu saja? Tidak...ada banyak sebab kenapa saya suka tulis tentang diet. Diet bukan semata-mata untuk kurus tetapi yang UTAMA adalah untuk hidup sihat sepanjang hayat.

Bila kita sihat ada banyak aktiviti yang kita boleh lakukan dan yang penting kita lebih bahagia bila hidup tidak dihantui dengan masalah kesihatan. Ada orang kata hidup yang kaya adalah apabila diberi kesihatan yang baik. Apa guna wang ringgit bergunung tetapi nak bergerak pun kita tak mampu. Tetapi sihat atau sakit adalah anugerah Tuhan, yang penting kita berusaha untuk memilih yang terbaik bagi diri dan keluarga kita, kan?

Lemon, Halia, Asam Keping & Epal Hijau Cepatkan Kurus


Lemon, Halia, Asam Keping & Epal Hijau Cepatkan Kurus     


Skop utama artikel yang saya tulis tentang DIET SIHAT di bawah adalah cara cepat kurus dengan mudah dan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di sekeliling kita. Antara bahan-bahan diet untuk kurus yang saya tulis adalah daripada sumber lemon, halia, asam keping dan epal hijau.

Lemon, Halia, Asam Keping & Epal Hijau Cepatkan Kurus

Diet Lemon Untuk Kurus


Lemon banyak sangat khasiatnya. Saya pun dah kerap tulis tentang khasiat lemon dalam kehidupan kita sehari-hari. Sekali lagi saya ulang secara ringkas tentang kebaikan lemon antaranya, kuruskan badan, tingkatkan hidrasi dan bekalkan tenaga, mencantikkan kulit, membantu proses menyahkan toksin, dan bantu penghadaman.

Cara diet lemon untuk kurus;

Hiriskan 1/2 biji lemon dan direndam ke dalam air suam. Masukkan juga 1 inci halia yang telah diketuk dan biarkan selama 5 minit selepas itu campurkan dengan 1 sudu madu dan boleh sudah nikmati air lemon madu halia. Rasanya masam manis pedas dan ia sungguh terbaik untuk mulakan hari anda

Diet Dengan Khasiat Buah/Asam Gelugur/ Asam Keping:


Asam Gelugur atau asam keping berkhasiat untuk mengecutkan rahim & menurunkan berat badan. Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

Lemon, Halia, Asam Keping & Epal Hijau Cepatkan Kurus

Cara 1:  
a). Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
b). Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam.
c). Minum setiap pagi dan malam.
d). Jika di amalkan selalu In sha Allah perut buncit akan mengempis

Cara 2:
a). Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih,
b). Masukkan dalam bekas minuman (botol air/tupperware 500ml-1liter). Rendamkan dalam air panas - TIDAK PERLU TAMBAH GULA. Setelah suam, minum seperti minuman biasa, perlu diminum sentiasa. Sekiranya air habis cuba tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya tukarkan dengan asam keping baru.

Diet Epal Hijau


Epal hijau mudah didapati dan sedap dimakan. Dalam peti ais saya ada berdozen buah epal hijau. Selain untuk rawatan kencing manis sang suami, saya pun ikut selit buat hus epal hijau untuk diet kurus saya. Ada yang boleh turun 4 kilogram dalam masa 2 minggu dengan buat diet kurus dengan epal hijau. 

Ada kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik. Antara kebaikan epal hijau:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Contoh jadual penggunaan Epal Hijau: 

Sarapan = Oatmeal dan Low Fat Milk
Snek 10.00 pagi = Jus Epal Hijau
Makan Tengahari = Jus Epal Hijau
Snek Pukul 3 = Jus Epal Hijau
Makan Malam 6.30 ptg = Protien (1 ketul Ikan/ Ayam), Sup Sayur, Nasi (1 genggam)
10 malam sebelum tidur = Jus Epal Hijau
* Minum air masak lebih 3 liter sehari. Anda akan mengalami penurunan 2 kg seminggu.
Insyaa Allah 

Diet Halia Suam 


Kebiasaannya kita akan terus ambil sarapan, kan? Kalau bukan nasi lemak sudah tentu kuih muih yang pastinya manis, kan? Ok ini apa yang anda perlu buat sebelum sarapan. Ambil segelas air suam masukkan 1 inci halia yang diketuk, rendamkan selama 2-5 minit. Selepas itu masukkan dalam rendaman halia tadi perahan lemon ataupun limau nipis serta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan.

Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan. Jadi tak dalah mengidam nak makan nasi lemak ke atau sebarang sarapan yang tidak sihat. Anda akan berasa kenyang sebelum makan. Kan bagus tu...

Ok.

Dah selesai saya kongsikan diet kurus dengan cepat menggunakan lemon, halia, epal hijau dan asam keping. Jika anda boleh ikuti cara-cara yang diberikan, insyaa Allah anda boleh capai target untuk turun 2 kilogram dalam masa seminggu. Tapi jangan lupa buat larian ringan atau gerakan berjalan kaki selama 30 minit sehari. 

Ia juga amat membantu memberikan tubuh badan yang cergas.

Selamat mencuba.   
Tag : Diet
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Lemon, Halia, Asam Keping & Epal Hijau Cepatkan Kurus"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top