Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Perginya Takkan Kembali Ustaz Haron Din

Perginya Takkan Kembali Ustaz Haron Din | Innalillahiwainnailaihiroji'un...perginya seorang permata negara yang tak akan kembali lagi. Sesungguhnya Daripada Dia kita datang dan kepada Dia (Allah) kita kembali. Ustaz Haron Din adalah salah seorang ulamak yang disegani di seluruh dunia khususnya negara Malaysia sendiri. Kita kehilangan seorang tok guru yang tinggi ilmunya, rendah diri, tenang dan disegani oleh seluruh lapisan masyarakat.

Ustaz Haron Din meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi tadi waktu malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1940.


Perginya Takkan Kembali Ustaz Haron Din





Keratan berita daripada HARIAN METRO,

Kuala Lumpur: Majlis Dakwah Negara (MDN) menyifatkan Allahyarham Datuk Dr Haron Din sebagai seorang pendakwah yang sangat berkesan dengan pendekatan positif dan sentiasa menjauhan diri daripada mempertikaikan pandangan orang lain.

Pengerusi Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, sejak menjadi Timbalan Mursyidul Am PAS yang pertama dalam tempoh masa yang cukup lama di bawah pimpinan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz, Allahyarham Haron Din telah menunjukkan sikap kepimpinan yang sangat mementingkan kesederhanaan dalam berbagai aspek.

"Malah sejak penglibatan beliau dalam politik sejak tahun 70-an lagi beliau terkenal sebagai seorang yang sangat menjaga mulut dan lidahnya dari apa saja perkataan yang boleh menyakiti orang lain.

"Dalam urusan kepartian arwah sentiasa mengelak daripada mencabar atau dicabar dan boleh dianggap sebagai faktor perpaduan PAS samada pada waktu parti itu berada di dalam atau di luar Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mahmood, pemergian tokoh Islam dan politik itu meskipun sangat berat untuk diterima tetapi kesayangan Allah terhadap beliau sebagai seorang yang soleh tentu sekali boleh dijadikan penawar duka dan sandaran yang kuat untuk keluarga serta sahabat handai menerimanya dengan penuh rela dan azam yang kuat.

"Pemergian beliau boleh disifatkan sebagai kehilangan kepada negara secara keseluruhannya memandangkan sikap politik dan akademik beliau yang positif dan sederhana telah memberi sumbangan yang besar jepada perpaduan kaum di negara ini.

"Boleh dikatakan arwah tidak pernah tersalah kata mencerca pegangan dan anutan orang lain baik di dalam atau di luar agama Islam," katanya.
Pemergiannya satu kehilangan besar buat negara sepertimana kita kehilangan tuan guru Nik Aziz dahulu.

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

-Hadis riwayat Muslim-


Update Info Terkini Allahyarham Ustaz Haron Din:



BANGI, Jumaat – Berpegang kepada amanat di mana beliau menghembuskan nafas terakhir, di situ beliau disemadikan, maka anak-anak dan keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din memutuskan supaya jenazahnya disemadikan di California.

Dalam kenyataan terbaru di laman Facebook rasmi ‘Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Official)’ sebentar tadi (12.07 pagi waktu California), keluarga Allahyarham memaklumkan mereka mempunyai pilihan untuk membawa jenazah pulang ke tanah air.

Mereka juga sudah berbincang dan membuat pertimbangan mengenai semua pilihan.

“Bukan mudah untuk kami membuat keputusan. Hati amat berat. Kami memilih untuk menguruskan jenazah baba dengan sempurna dan cepat.

“Baba berpesan beberapa kali kepada kami bahawa di mana dia menghembus nafas terakhir, di situ dia bersemadi. Maka kami akan kebumikan baba di California.

“Esok pagi mandikan baba – Kafankan – Solat jenazah selepas solat Jumaat di Masjid AnNur, Santa Clara, CA,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyarankan semua masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan solat jenazah ghaib di atas pemergian Mursyidul Am PAS itu.

Beliau turut memohon kerjasama Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk menyarankan seluruh masjid di negeri masing-masing melaksanakan solat jenazah ghaib.

#sumber

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close