Resepi Ikan Sepat Masin Goreng Cili Api

aynora nur | 09 September, 2016,10:51 PM |
Advertisement
Resepi Ikan Sepat Masin Goreng Cili Api. Ikan sepat masin sedap dimakan dengan nasi putih panas panas dengan sayur air (samada sawi atau daun pucuk kayu manis). Huhh! Sedapnya hingga mertua lalu pun tak sedar.

Ikan sepat masin mudah diperoleh dari kedai runcit dan di kampung-kampung di mana mak-mak kita buat sendiri dan jemur di bawah ampai...klau tak habis makan, ikan sepat tu diproses dan dikeringkan untuk dibuat ikan masin.

Hari ini mood makan saya nak pekena ikan masin. Dalam peti sejuk pun ada ikan masin. Ada cili api, bawang yang dah dikupas dan limau kasturi pun ada. Tak kenal ke limau kasturi? Ni ha...macam dalam gambar kat bawah ni...


Ikan masin tidak elok diamalkan oleh si penghidap darah tinggi kerana kandungan garamnya yang tinggi. Jadi, sebelum nak makan tu, sediakan pil darah tinggi ya..


Resepi Ikan Sepat Masin Goreng Cili Api 


Bahan-bahan:

3 ekor ikan sepat Masin (dibersihkan)
1 labu bawang besar - dihiris kasar
5biji bawang merah - dihiris kasar
10 biji cili api - dihiris kasar
3 biji limau kasturi - dibelah dua
1/2 cawan minyak masak


Cara menyediakan ikan sepat masin goreng cili api


1. Panaskan minyak dan goreng ikan sepat masin sehingga garing
2. Angkat ikan dan letakkan ke dalam pinggan hidangan
3. Asingkan sedikit minyak dan tumis bahan yang dihiris kasar sehingga garing
4. Angkat dan tuang tumisan ke atas ikan tadi
5. Perahkan limau kasturi dan sedia dihidangkan


Dah siap pun hidangan makan malam kami iaitu ikan sepat masin goreng cili api. Diharap anda dapat membuat satu lagi resepi yang ringkas namun sedap. Hingga menjilat jari...sebab kepedasan...

Selamat mencuba.

Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Resepi Ikan Sepat Masin Goreng Cili Api"

Sesekali makan ikan kering sepat ni sedap juga.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top