Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Paru Goreng Dengan Rempah

Resepi Paru Goreng Dengan Rempah | Paru goreng sedap dimakan dengan nasi panas dan sayur lemak putih. Ada orang tak makan paru, sebab warna dan bentuknya yang lain macam je, kan? Saya pun dulu tak makan paru disebabkan faktor-faktor tersebut. Tak pandai makan dan tak pernah teringin pun...

Tapi sejak ada kawan ajar makan nasi lemak lauk paru goreng rempah, terus suka makan paru. Bila dah suka, pandailah pilih restoran mana ada goreng paru berempah yang rangup dan sedap. Dah pandai memilih...hihi

Resepi Paru Goreng Dengan Rempah

Jangan risau, rempah ratus yang digunakan untuk menggoreng paru mudah saja iaitu ada jintan manis, ketumbar, halia, lengkuas dan lain-lain. Semua bahan-bahas asas rempah ratus tersebut mudah didapati di mana saja.

Resepi Paru Goreng Dengan Rempah

Resepi: Anis Diary

Resepi paru goreng dengan rempah saya ambil daripada blog Anis Diary, cara menyediakan nampak mudah, main campur aje dan siap...;)

Resepi Paru Goreng Dengan Rempah
Bahan-bahannya:
500 gm paru lembu 
2 biji bawang besar - kisar 
3 ulas bawang putih - kisar 
1 inci halia muda - kisar 
1 inci kunyit hidup - kisar 
1 inci lengkuas - kisar 
2 batang serai - kisar 
2 sudu kecil ketumbar - kisar 
1/2 sudu kecil jintan halus - kisar 
1/2 sudu kecil jintan kasar - kisar 
1 sudu kecil serbuk knorr 
garam secukup rasa 
secubit gula 
3 biji limau kasturi 

Cara menyediakan Paru Goreng Dengan Rempah


1. Potong paru beberapa bahagian dan rendam dengan perahan limau kasturi sebentar. 

2. Basuh bersih paru dan rebus dengan air dan masukkan sedikit garam lebih kurang 30 minit @ hingga agak empuk. 

3. Toskan paru tadi dan bila dah sejuk, hiris nipis pula. 

4. Panaskan minyak agak banyak dan goreng paru tadi agak garing atau ikut citarasa masing-masing. 

5. Goreng paru tadi sampai habis dan ketepikan. 

6. Panaskan minyak baru tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan garam secukup rasa, gula dan serbuk knorr. Kacau sebati. 

7. Masukkan pula hirisan paru goreng tadi dan gaul secara merata. 

8. Bila paru dan tumisan bahan-bahan kisar tadi telah bercampur mesra bolehlah dihidangkan. 

Resepi Paru Goreng Dengan Rempah

Nota penting:

*untuk ketumbar biji, jintan kasar dan jintan halus biasanya saya akan basuh bersih, toskan kemudian goreng tanpa minyak hingga terbit bau dan garing. sejukkan dahulu barulah dikisar. saya memang sediakan siap-siap bahan-bahan ini secara berasingan jadi mudah bila hendak digunakan. jika beli yang sudah siap dikisar rasanya tidaklah berapa sedap dan baunya tidak seharum bila digoreng tanpa minyak*

Cara lain menggoreng paru, boleh juga lumurkan paru dengan garam, kunyit dan serbuk ketumbar serta jintan manis. Kemudian goreng. Dah siap boleh terus dihidangkan.

Selamat mencuba.  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close