Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sotong Masak Serai Kunyit

Sotong Masak Serai Kunyit. Adoyaiii...sedapnya resepi sotong ni..., asalkan sotong masak apa pun saya memang suka. Saya suka lauk sotong, antara makanan laut kegemaran saya. Selain sotong saya gemarkan ikan siakap, hihi...

Tapi, selalu sotong cepat berair bila di masak lama. Cara untuk mengeringkan air sotong dengan memanaskan kuali tanpa minyak dan masukkan sotong yang telah ditos selama beberapa minit sehingga keluar air sotong. Kemudian dikeluarkan sotong dan ditoskan sehingga kering. Lepas tu, barulah mula memasak sotong tersebut.

Resepi Sotong Masak Serai Kunyit
Sotong Masak Serai Kunyit 


Bahan-bahan:

1 kg sotong
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil lada hitam
Garam
Serbuk kunyit

Bahan Tumisan:

2 labu bawang besar - dihiris
5 batang serai - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 tangkai kacang panjang - di hiris
3 biji tomato kecil - sebagai hiasan


Cara Menyediakan Sotong Masak Serai Kunyit


1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumisan sehingga naik bau

2. Masukkan sotong yang telah dilumur dengan serbuk kunyit, lada hitam dan sos tiram

3. Kacau rata dan biarkan mendidih selama 10 minit

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan 

Selamat mencuba. Banyak resepi yang boleh dicuba dengan makanan laut ni, terutamanya sotong. Hihi...ada boleh masak paprik, masak percik, sotong tomyam, sotong goreng tepung dan banyak lagi. Banyak saya dah cuba, kalau tak tahu, semak kat blog atau pak cik Google...

Selamat memasak...;)

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close