Siapakah Yang Layak Mendaftar Sebagai Pengundi PRU14?

aynora nur | 30 September, 2016,9:49 AM |
Advertisement
Bila agaknya PRU14 akan dijalankan? Inilah persoalan yang sedang bermain-main di fikiran rakyat jelata, yang tak sabar nak mengundi dan memilih pemimpin masa depan Malaysia. Mungkinkah rakyat Malaysia sudah penat dengan janji-janji kosong manifesto yang hanya gah ketika pilihan raya atau rakyat dah sakit hati dan jiwa kerana dibohongi dengan bebanan taraf hidup yang semakin meningkat dan mencengkam. 

Siapakah Yang Layak Mendaftar Sebagai Pengundi PRU14?


Hidup bukan hanya boleh telan asap dan debu di jalanan, hidup bukan dengan dengar janji-janji manis sebaliknya hidup ada perut yang nak di isi untuk meneruskan hidup! Apa tah saya tulis ni...faham-faham sudahlah...

Jadi, daftarkan diri anda sebagai pengundi yang layak dan gunakan kuasa itu dengan BETUL. Ok!    


Siapakah Yang Layak Mendaftar Sebagai Pengundi PRU14?


1. Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi?

Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dan bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya.

2. Mengapa anda perlu mendaftar ?

Anda perlu mendaftar sebagai pengundi untuk menjamin hak anda mengundi di dalam sesuatu pilihan raya dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara.

3. Apakah kaedah pendaftaran dan bagaimanakah cara untuk mendaftar?

i) Pendaftaran Tetap seperti di kaunter Ibu Pejabat SPR, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara. 

ii) Pendaftaran Bergerak seperti Unit Bergerak SPR, Penolong Pendaftar (Parti Politik) atau Penolong Pendaftar di Pejabat-Pejabat Kerajaan. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

4. Di manakah pusat-pusat pendaftaran?

i) Ibu Pejabat SPR Putrajaya
ii) Pejabat Pilihan Raya Negeri
iii) Pejabat Pos Berkomputer
iv) Tempat-tempat tumpuan umum seperti pasar malam, taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Unit Bergerak SPR.
v) Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah
vi) Pusat-pusat membeli belah atau pasaraya

5. Bilakah tempoh urusan pendaftaran pengundi dijalankan?

Rujuk jadual di bawah;

Siapakah Yang Layak Mendaftar Sebagai Pengundi PRU14?

6. Adakah boleh nama pemilih yang panjang dimuatkan sebagaimana yang dikehendaki ?

Nama pemilih adalah mengikut sepertimana yang terdapat pada kad pengenalan tertakluk kepada maksimum 60 aksara (huruf).

7. Bolehkah mendaftar di pejabat pos dengan menggunakan resit JPN KPPK 9 atau resit JPN KPPK11?

Boleh dengan syarat resit JPN KPPK 11 hendaklah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala resit JPN KPPK9 tidak perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

8. Adakah boleh pasangan anggota tentera memilih untuk mendaftar sebagai pemilih awam/ biasa?

Pasangan kepada anggota tentera diberi pilihan untuk memilih sebagai pengundi biasa mengikut (Peraturan-Peraturan Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih) 2002.

9. Adakah pendaftaran menggunakan kad pengenalan 8 digit masih boleh digunakan?

Peraturan-peraturan yang ada membenarkan penggunaan Kad Pengenalan lapan (8) digit untuk mendaftar sebagai pemilih.

10. Bolehkah pendaftaran pemilih menggunakan sijil lahir?

Tidak Boleh.

11. Bolehkah seseorang itu mendaftar bagi pihak orang lain (warisnya)?

Tidak Boleh. Mengikut peraturan yang ada (Peraturan-Peraturan Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih) 2002 seseorang perlu hadir sendiri untuk mendaftar sebagai pemilih.

Pendaftaran: Pertukaran Alamat Dan Maklumat Dalam Daftar Pemilih


1. Bagaimana menukar alamat di dalam daftar pemilih SPR daripada alamat asal kepada alamat baru seperti di dalam Kad Pengenalan ?

Mereka boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar (Sementara) yang dilantik oleh SPR kecuali Penolong Pendaftar dari Parti Politik.

2. Dimanakah saya boleh membuat semakan status pendaftaran?

i) Di Ibu Pejabat Pilihan Raya SPR, Malaysia
ii) Di Pejabat Pilihan Raya Negeri
iii) Laman web SPR – www.spr.gov.my
iv) Unit pendaftaran bergerak

3. Apakah prosedur yang harus diikuti sekiranya pemilih ingin membuat pindaan maklumat seperti agama dan bangsa?

Pindaan maklumat-maklumat mengenai pindaan agama dan bangsa boleh dibuat terus dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri dengan mengemukakan kad pengenalan dan bukti-bukti lain yang berkaitan.

4. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan oleh SPR untuk membuat pembetulan maklumat seperti agama, bangsa dan Kad Pengenalan?

i) Pembetulan yang kecil seperti maklumat-maklumat agama dan bangsa diambil tindakan sebaik sahaja permohonan dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri yang seterusnya akan dikemukakan ke Ibu Pejabat untuk tindakan lanjut. 

ii) Pembetulan nama dan maklumat lain mengikut yang tertera di dalam Kad Pengenalan dibuat oleh Ketua Pendaftar di Ibu Pejabat dalam tempoh dua (2) minggu. 

iii) Untuk mengatasi masalah ini, adalah dinasihatkan supaya pemilih menyemak nama mereka dan kalau ada keperluan, mereka boleh membuat permohonan untuk pembetulan mengikut maklumat di dalam kad pengenalan.

5. Terdapat pasangan suami/isteri yang mengundi di tempat yang berlainan, mengapa hal ini berlaku?

Mereka mendaftar menggunakan alamat yang berbeza. Kemugkinan juga berpunca dari kesilapan semasa urusan kemasukan data oleh kakitangan SPR disebabkan kerana terdapat nama-nama tempat yang serupa di negara ini.

6. Wujudnya nombor kad pengenalan yang sepatutnya lelaki tetapi digunakan oleh perempuan?

Mungkin berlaku kesilapan semasa pendataan oleh JPN atau sewaktu kemasukan data semasa urusan pendaftaran pemilih.

7. Kenapa wujud perbezaan nombor kad pengenalan dalam daftar pemilih dengan kad pengenalan asal ?

Perbezaan kemungkinan wujud disebabkan masalah pendataan kurang tepat mengikut sistem lama. Di bawah sistem yang diamalkan sekarang tidak wujud lagi perbezaan kerana SPR menghubungi terus secara “online” dengan Jabatan Pendaftaran Negara semasa membuat pendataan.

8. Adakah boleh kita menukar nama seseorang yang memeluk agama Islam kepada nama Islamnya sedangkan dalam pangkalan data masih nama asal?

Tidak Boleh. Beliau perlu menukar nama di dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum nama Islam itu digunakan di dalam Daftar Pemilih.

9. Telah membuat pertukaran alamat tetapi masih kekal di tempat mengundi asal?

Kerana alamat permohonan tidak sama dengan alamat dalam Kad Pengenalan. Perkara ini boleh berlaku bagi permohonan yang telah dibuat sebelum 16 Julai 2002. Walau bagaimanapun, sekiranya pemilih berkenaan berhasrat untuk kekal mengundi di tempat asal mereka mendaftar, mereka tidak perlu memohon perpindahan tempat mengundi.Sebaliknya, sekiranya pemohon bercadang untuk berpindah tempat mengundi daripada tempat asal dahulu, mereka hendaklah terlebih dahulu memohon pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di pejabat Pendaftaran Negara, selepas itu bolehlah mereka memohon untuk berpindah tempat mengundi di alamat terbaru mereka seperti di dalam Kad Pengenalan. Permohonan ini boleh di buat di mana-mana Pejabat Pos, Pejabat Pilihan Raya Negeri dan Ibu Pejabat Pilihan Raya di Putrajaya. Oleh itu pemohon hendaklah memastikan butiran pada borangberkenaan adalah tepat sebelum meninggalkan kaunter pendaftaran.

Proses Pemotongan/ Pembersihan Nama Daftar Pemilih Yang Telah Meninggal



1. Kenapa pemilih yang telah meninggal dunia tetapi namanya masih ada dalam daftar pemilih?

Kerana SPR tidak menerima laporan dan pengesahan kematian pemilih dari Jabatan Pendaftaran Negara atau mungkin nama pemilih yang telah meninggal dunia itu masih dalam proses untuk pemotongan.

2. Bolehkah SPR membuat pemotongan nama mereka yang telah meninggal dunia mengikut rekod JPN?

Boleh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya berpuashati dengan bukti-bukti yang dikemukakan serta dengan perakuan Ketua Pendaftar.

3. Apakah yang dilakukan sekiranya seseorang meninggal dunia ataupun hilang kelayakan sebagai pemilih ?

Waris hendaklah membuat laporan di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri dengan membawa bersama sijil kematian dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Siapakah Pengundi Hantu


1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengundi hantu?

Istilah “pengundi hantu” jika hendak digunakan hanya boleh ditafsirkan sebagai pengundi yang telah meninggal dunia tetapi namanya masih terdapat dalan Daftar Pemilih. Ini termasuk pengundi yang menyamar dengan menggunakan Kad Pengenalan palsu atas nama pengundi yang telah meninggal dunia yang nama masih belum dipotong oleh SPR.

Artikel di atas adalah perkongsian daripada sumber: http://ppn.spr.gov.my/terengganu/?page_id=1283

Diharap warganegara Malaysia yang layak mengundi, cepatlah berbuat demikian. Jika anda mahu hak anda sebagai warganegara diiktiraf dan suara anda didengar, inilah masanya. Mengundi adalah HAK anda.

Selamat mendaftar. 
Tag : Info PRU14
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Siapakah Yang Layak Mendaftar Sebagai Pengundi PRU14?"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top