Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Cara Tenangkan Hati

Hati yang tenang jangan sangka tidak ada dukanya. Hati yang damai usah dijangka bila berkocaknya. Hati yang kelabu pun belum tentu selamanya terus berkabus. Hihi...begitulah madah berhelah yang saya cipta sikit untuk segumpal daging dalam tubuh kita yang bernama HATI.

Ok.

Berkisah tentang hati, saya ada sedikit tips cara nak buat hati tenang. Bagaimana nak dapatkan ketenangan hati untuk jangkamasa lama dan sentiasa dapat pula redha Allah.

Lagipun hati yang tenang tu penting terutamanya bila kita mengerjakan solat. Selain itu hati yang tenang boleh menyihatkan tubuh badan, awet muda dan wajah ceria. Orang pun suka tengok, kan?

Tips Cara Tenangkan Hati

Hanya ingat Allah hati jadi tenang

1. Membaca surah Yasin selepas solat Fardhu


Surah Yasin adalah jantung al Quran. Jadi ia memang sesuai sangat untuk menenangkan hati. Yang ini memang harus diamalkan untuk ketenangan hati. Saya pun dah cuba buat, pada mulanya macam tak larat, mengantuk dan tak baca habis. Tetapi sejak saya baca sampai habis dan fahami tafsirannya, memang ada semacam ketenangan yang datang. Rasa yakin nak menerima apa takdir yang mendatang. Rasa sedih, kecewa, galau, gelisah dan fikiran kusut dan sebagainya akan sedikit demi sedikit hilang.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,

“Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

“Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.”
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

2. Istighfar & Zikir


Jadikan istighfar dan zikir makanan hati kita sehari-hari. Tiada tempat khusus untuk anda berzikir dan istighfar. Lakukanlah walau di mana pun, pada waktu apa pun, insyaa Allah ketenangan hati akan dirasai. Zikir-zikir yang paling disukai oleh Allah SWT adalah:

  • Subhanallah
  • Alhamdulillah
  • Laa ilahailallah
  • Allahu Akbar

Selain itu, boleh amalkan ayat-ayat berikut untuk zikir anda,

>>> La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
>>> Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
Biasakan membaca di mana saja, dalam hati dengan ikhlas, semoga ketenangan itu milik kamu semua.

3. Solat Sunat Tahajjud


Solat sunat tahajjud dilakukan pada pertengahan malam atau lebih afdalnya di sepertiga malam. Anggarannya pukul 2 hingga 3 pagi. Tidur dahulu seketika kemudian bila terbangun, lakukanlah solat sunat tahajjud tersebut.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Solat tahajjud adalah jawapan dari hati yang merindukan Allah. Solat tahajjud adalah cara untuk membersihkan hati sehingga hati sentiasa dekat dengan Allah. Tidak mudah untuk bangun di tengah malam hari setelah penat bekerja di siang hari.

Allah berfirman dalam surah Al muzzammil ayat 6-8;

“Sungguh bangun malam (solat malam) itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan-urusan panjang. Dan sebutlah nama Tuhanmu dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati”.

Jika anda mampu terbangun di malam hari untuk mengadu, bercerita, memohon dan rindukan Allah, insyaa Allah ketenangan hidup dan hati menjadi milik anda. 

4. Jangan Dengar Lagu-Lagu Sedih


Ha! Yang ini saya setuju.

Jangan dengar lagu sedih ketika sedih. Nanti buat kita makin sedih. Dengarlah lagu-agu taubat & ketuhanan nanti buat hati semakin tenang dan insaf. Lagipun ramai ustaz pesan, jika kita sedang bersedih perkara pertama yang kita kena jauhi adalah suasana sedih itu sendiri.

Ada banyak sebab kita sedih. Ada banyak asbab hati tak tenang. Jadi, hindari dari sebarang suasana dan rakan yang buat kita tak tenang. Dekatkan diri dengan sahabat yang menyenangkan.

5. Ingat Allah


Akhir sekali, ingat Allah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang.” (Qs. ar-Ra’du: 28). 

Bagaimana nak selalu ingat Allah dalam perbuatan dan kehidupan sehari-hari. Kita mungkin boleh ikut cara-cara berikut:

- Bila nak makan baca Bismillah
- Bila lepas habis makan atau mendapat berita gembira, sebutlah Alhamdulillah
- Bila lihat sesuatu yang indah ucaplah Subhanallah
- Bila ada dugaan atau musibah sebutlah Innalillah...
- Bila mendengar berita tak benar, ingatlah Masya Allah

Ada banyak sebutan dan amalan yang selalu boleh ingatkan kita kepada Allah...kaji dan galilah lagi ilmu dunia akhirat agar kita selalu dirahmati.

Sesungguhnya hati yang tenang mempengaruhi tindakan dan keputusan dalam hidup kita. Pilihlah hidup yang akan melorongkan kamu ke jalan yang lurus, walau sesekali tersadung oleh duri dan khilaf, cepat-cepat tersedar lalu memohon ampunanNya. Dia Maha Pengampun & Pemaaf.

Ingatlah Dia selalu, Dia selalu di hati kita. Allah Azzawajala...  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close