Ayam Kari, Udang Galah Bersos Dan Bendi Salut Telur Menu Ringkas Tengahari

aynora nur | 16 October, 2016,12:42 PM |
Advertisement
Ayam Kari, Udang Galah Bersos Dan Bendi Salut Telur Menu Ringkas Tengahari | Jangan terliur tengok menu ringkas hidangan tengahari atau lunch yang saya sediakan. Semuanya masak dengan campak-campak aje tetapi penuh kasih sayang.

Jangan lupa ustaz pesan, sambil memasak jangan menyanyi lagu rock atau dondang sayang ya kekawan, sebaiknya baca zikir al Latiif agar seisi rumah saling berbaik dan dilembutkan hati beribadat kepada Allah. Macam mana zikir al Latiff tu ya? Senang aje..

Allahu latiifum bi'ibaadihii yarzuqumayyasak, wahuwal qawiyyul 'aziiz...

Atau ringkasnya sebutkan aje ya latiif..sebanyak mungkin sampai habis masak.

Ayam Kari, Udang Galah Bersos Dan Bendi Salut Telur Menu Ringkas Tengahari


Ayam kari, udang galah dan bendi salut telur
Rempeyek makan dengan nasi pun sedap!

Resepi ayam masak kari, anda boleh rujuk kat sini,
Baca : Resepi Ayam Masak Kari Sedap

Resepi Udang Galah Bersos


Udang galah bersos

Bahan-bahan:

1/2 cawan cili boh
10 ketul udang galah saiz sederhana
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 batang serai - diketuk
3 sudu besar sos cili
sedikit garam
sedikit gula
1 keping asam keping

Cara menyediakan udang galah bersos

1. Tumiskan cili boh, serai dengan bawang yang dipotong bulat tadi. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan cili sos. Masukkan asam keping. Ratakan.

3. Masukkan udang galah. Gaul sebati dengan cili dan biarkan sehingga udang masak.

4. Tambahkan garam, gula dan serbuk perisa jika suka.

5. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Bendi Salut Telur




Bahan-bahan:

6 batang bendi - dipotong serong
2 ulas bawang merah kecil - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
5 biji cili padi - dihiris
Sedikit garam
2 biji telur - ambil putih sahaja
Serbuk perisa - jika suka
Sedikit air

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang kecil, bawang putih dan cili padi seketika.

2. Masukkan bendi yang telah dicuci bersih.

3. Masukkan sedikit air, anggaran setengah (1/2) cawan.

4. Bila telah mendidih masukkan putih telur. Biarkan telur sedikit keras barulah diterbalikkan bendi tersebut. Kacau sedikit untuk ratakan salutan telur pada bendi.

5. Masukkan garam dan serbuk perisa, jika suka.

Amacam? Suka tak menu ringkas yang saya kongsikan. Jika anda tiada idea nak masak apa tengahari ni, tirulah kombinasi menu tengahari saya iaitu ayam kari, udang galah bersos dan bendi salut telur.

Haha...walau ringkas tetapi sedap.
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Ayam Kari, Udang Galah Bersos Dan Bendi Salut Telur Menu Ringkas Tengahari"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top