Cara Paling Berkesan Mengubah Pembaca Baru Menjadi Pembaca Setia Di Blog

aynora nur | 25 October, 2016,9:31 PM |
Advertisement
Cara Paling Berkesan Mengubah Pembaca Baru Menjadi Pembaca Setia Di Blog - Berapakah jumlah pembaca setia blog anda? Adakah pembaca setia blog anda terlalu kecil bilangannya berbanding pembaca baru atau New Visitors? Jangan bimbang dengan angka yang ditunjukkan, kerana ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk menjadikan mereka yang baru kenal blog anda menjadi pembaca setia pula.

Nasib blog saya pun begitu, NV terlalu tinggi. Tapi... bukan tak bagus, itu tanda SEO blog telah berjaya di uji. Namun, jumlah pembaca setia yang ramai menjadikan blog anda berautoriti tinggi. Bounce rate pun boleh jadi rendah dan income blog pun bagus.

Rekod Pembaca Baru atau New Visitors


Mengikut rekod dari Hitstats.com, New Visitors di blog ini tinggi jumlahnya berbanding pembaca setia. Ia satu analisa yang kurang bagus untuk blog kerana pengunjung baru mungkin singgah kerana tersesat, hanya rasa nak tahu, tersalah tekan dan sebagainya.

Rekod pembaca baru di aynorablogs, sumber Hitstats.com 

Oleh yang demikian, kena ada teknik dan usaha untuk menjadikan NV kepada LV (loyal visitors), bukan beg berjenama tu ya...hihi

Cara Paling Berkesan Mengubah Pembaca Baru Menjadi Pembaca Setia Di Blog 


Cara Paling Berkesan Mengubah Pembaca Baru
Menjadi Pembaca Setia Di Blog

1. Ubah Kelajuan Blog


Ini paling penting untuk menjadikan pembaca baru menjadi pembaca setia blog anda. Blog harus ringan dan laju. Maksudnya bila masuk blog kita, tak ada iklan yang pop ads, tidak terpaksa klik banyak kali dan tidak ada lagu dan sebagainya yang menyebabkan blog lambat loading. So, kena ubah blog anda untuk menggamit pembaca setia datang dan datang lagi.

2. Memberikan panduan berguna


Blog yang digemari ramai adalah blog yang memberikan panduan berguna kepada pengunjungnya. Jika anda nak tengok blog panduan yang terbaik, cuba tengok panduanmalaysia.com. Saya pun nak blog saya jadi macam blog tersebut.


3. Tulis Kisah Pengalaman Sendiri


Ini memang tidak dinafikan lagi. Lihatlah blog-blog kisah peribadi seperti blog Namee Roslan, blog Fatin Liyana dan banyak lagi. Dalam satu-satu masa artikel yang ditulis boleh mendapat sehingga beratus komen, itu tanda blog tersebut ada pembaca setia dan mereka suka berbual dengan kita. Bahagianya jika dapat status blog yang macam itu.

4. Menyediakan maklumat informasi


Maklumat yang berinformasi memang sentiasa dicari oleh orang ramai. Jika anda mahu pembaca baru di blog kekal sebagai pembaca setia, salah satu langkah adalah menyediakan blog yang berinformasi sepanjang masa. Maksudnya anda kena peka dengan informasi semasa dan kemudian sampaikannya melalui blog.

Contohnya anda boleh menulis informasi tentang tarikh panggilan ke asrama penuh, tarikh cuti umum, jadual peperiksaan dan sebagainya.


5. Beri backlink kepada rujukan yang dilakukan


Jika anda mengambil maklumat atau rujukan daripada sesetengah website, berikan kredit backlink kepada mereka semula. Dengan cara ini pembaca dapat melihat kejujuran anda dalam menulis artikel dan menjadikan mereka selesa dengan blogger yang begitu.

6. Kongsikan pengetahuan baru yang dialami


Setiap hari tentu kita ada mengalami kisah menarik dan ilmu baru tentang sesuatu, tentang kehidupan, tentang makanan yang kita pertama kali makan dan sebagainya. Ini semua boleh dikongsikan kepada pembaca blog bagi menarik mereka terus setia kepada blog anda.

Bagi seorang blogger, mendapat follower setia dan pembaca yang rajin meninggalkan komen amatlah dihargai. Mempunyai kelompok pengikut sendiri menjadikan blog kita sentiasa meriah dan amat disukai oleh pengiklan.

So, selamat datang pembaca baru dan please stay by my side wahai pembaca setiaku...

#New visitors vs loyal visitors
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
7 Komen untuk "Cara Paling Berkesan Mengubah Pembaca Baru Menjadi Pembaca Setia Di Blog "

Fuyooo.. boleh tahan hebat blog nie

Terima kasih sdr, sila datang lagi ;)

Terima kasih sdr, sila datang lagi ;)

Perghhhh gut sharing... terbaikk la.. :)

Thank you friend, keep up the good work..together..(h)

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top