CPUV Nuffnang Semakin Kurang? Apa Masalahnya?

loading...
CPUV Nuffnang Semakin Kecil? Apa Masalahnya? Sejak kebelakangan ini  CPUV yang diterima daripada pengiklan terbesar Asia iaitu Nuffnang semakin kurang. Saya pun tak tahu dimana silapnya. Ada pula sesetengah CPUV dah seminggu di blog tetapi tak dapat satu sen pun...pelik kan?

Adakah saya salah letak banner dalam blog? Ada ketika banner yang dipasang tidak munculkan iklan ketika blog dibuka. Adakah anda juga menghadapi masalah seperti saya? Tak apalah..., ini mungkin satu cabaran buat saya untuk lebih berusaha memantapkan blog kecil ini.

Walau pun begitu, saya masih setia pasang iklan Nuffnang di blog kerana setiap bulan saya berjaya CASHOUT earning bagi membantu meringankan beban membayar bil dan sebagainya. Ternyata Nuffnang yang saya kenali sejak 6 @ 7 tahun lepas banyak membantu meningkatkan kehidupan saya dan ramai lagi blogger di luar sana..hihi...

CPUV Nuffnang Semakin Kurang?


Cuba lihat CPUV yang saya dapat dari Nuffnang untuk bulan Oktober. Baru dapat 5 saja, dibandingkan dengan bulan Jun, Julai & Ogos? Mengapakah ini berlaku? Kena siasat ni...

CPUV Nuffnang Semakin Kurang? Apa Masalahnya?
CPUV Nuffnang yang semakin kurang...

Untuk bulan Oktober ini setakat artikel ini di tulis, blog kecil ini hanya dapat 5 CPUV iaitu daripada:

- Mastercard
- Maxis One Kid
- Old Town White Coffee
- Pretz N' Beanz - The Industry
- Castrol Service & Win

Apa Masalahnya Jika CPUV Semakin Kurang 


Sesuatu yang berlaku mesti ada sebab musababnya. Mari kita buat semakan sedikit mengenai beberapa perkara berikut:

1. Adakah blog sentiasa update? Jika tidak, memang susah iklan Nuffnang nak lekat kat blog..
2. Adakah niche blog anda adalah yang dicari ramai seperti kecantikan, minuman dan sebagainya? Sebab saya perasan iklan dari pengiklan di Nuffnang kebanyakan berasaskan minuman, kecantikan dan gadget tertentu.
3. Adakah anda kerap kemaskini survey form di Nuffnang? Jika hanya buat setahun sekali, sekarang buatlah lebih kerap, contohnya 3 bulan sekali.
4. Ada blog anda mesra SEO? Ini pun memainkan peranan penting. Saya dah banyak cerita kat blog sebelum ini. Boleh rujuk di bawah. 
Baca: Cara-cara jana income lebih banyak di Nuffnang 
5. Adakah kandungan blog anda sesuai dengan sasaran pembaca yang anda pilih. Ini pun penting kerana iklan Nuffnang memang amat mementingkan kandungan blog yang sesuai kepada peringkat umur tertentu.

Ada banyak lagi sebab yang mesti difikirkan untuk menjana lebih CPUV dari Nuffnang. Semoga bermanfaat.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.