Cuti Sekolah Seminggu Sempena Deepavali 2016

Cuti Sekolah Seminggu Sempena Deepavali 2016. Info daripada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan bahawa tarikh cuti perayaan Deepavali tahun 2016 diselaraskan selama seminggu dimana sekolah diberi cuti tambahan selama 3 hari.

Sebenarnya perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali telah diselaraskan untuk diberi cuti sama banyak iaitu selama 5 hari. Jadi semua kaum utama di Malaysia boleh saling menghormati perayaan kaum yang lain.



Cuti Sekolah Seminggu Sempena Deepavali 2016


Cuti sekolah bagi perayaan Deepavali sudah ditetapkan iaitu bermula pada 29 Oktober 2016 sehingga 1 November 2016 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Manakala bagi negeri-negeri seperti Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Putrajaya akan bermula pada 28 Oktober sehingga 1 November 2016. 

Menurut kenyataan KPM tersebut, cuti berkenaan tidak perlu diganti.

Mesti suka pelajar-pelajar semua dan guru-guru, tidak perlu bersusah payah memohon cuti untuk meraikan perayaan istimewa di Malaysia tersebut terutamanya bagi kaum berbangsa India.

Kepada kawan-kawan berbangsa India, selamat menyambut Deepavali.

#sumber: BHOnline

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.