Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Adaptasi Suri Hati Mr. Pilot Lakonan Neelofa Di Astro

Sudah lama tak tengok Neelofa berlakon. Pada minggu lepas tertengok pulak treaser drama terbaru lakonannya di Astro yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Tengok gaya macam best drama tersebut. Berlakon dengan Fattah Amin pulak, seorang pelakon yang kacak dan meningkat naik. Drama Adaptasi Suri Hati Mr. Pilot Lakonan Neelofa Di Astro Ria & Astro HD bakal ditayangkan untuk tatapan anda sekeluarga.

Drama Suri Hati Mr. Pilot Lakonan Neelofa Di Astro ini dilakonkan oleh Neelofa sendiri sebagai Warda, Fattah Amin sebagai Ejaz, Eleena sebagai Inara, Mas Khan sebagai Daniel, Alvin Chong sebagai Johan, Ben Amir sebagai Dr Muslim dan ramai lagi.

Drama Adaptasi Suri Hati Mr. Pilot Lakonan Neelofa Di Astro

Suri Hati Mr. Pilot dari Kaki Novel bakal diadaptasi oleh pengarah hebat Michael Ang! Mesti ramai yang tak sabar nak tengok drama tersebut, kan?? Heee (^__^)

Sinopsis Drama Suri Hati Mr. Pilot Lakonan Neelofa Di Astro


Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!

“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

“Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?”

Layan treaser drama Suri Hati Mr. Pilot ni sekejap...
 

Teaser lagi~~
Drama adaptasi SUri Hati Mr. Pilot karya Dila Dyna
Jangan lupa tarikh ni!
Bermula pada 10/10/2016, pukul 10.00 malam (Isnin - Khamis)
Astro Ria/Ria HD

Selamat menonton drama Suri Hati Mr. Pilot. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close