Hijrah Sebenar Seorang Muslim

aynora nur | 09 October, 2016,2:39 AM |
Advertisement
Hijrah sebenar seorang muslim. Apakah hijrah? Adakah hijrah itu membawa kebaikan? Siapakah yang patut berhijrah? Hmmm...banyak benar persoalan yang berlegar-legar di kepala. Hijrah itu pengorbanan. Hijrah itu perjuangan. Perjuangan melawan nafsu sendiri, sebenarnya...

Hijrah sebenar seorang muslim bukanlah sekadar tak solat kepada solat, bukan setakat dari buka kepada tutup aurat kerana itu memang kewajipan yang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Hijrah sebenarnya harus meliputi aspek fizikal dan kerohanian, kukuhkan roh dengan iman dan takwa.


Daripada petikan teks khutbah Jumaat 7 Oktober 2016, saya kongsikan buat renungan kita semua. Semoga pintu hati kita mendapat limpahan cahaya hidayah dan taufiknya. Insyaa Allah.


Hijrah Sebenar Seorang Muslim                                   

Bagaimanakah hijrah sebenar seorang muslim. Adakah cukup sekadar kita menanam azam untuk berhijrah tanpa melakukan tindakan yang dapat dilihat dan dinilai untuk dijadikan panduan. Semoga catatan di bawah dapat membantu kita mencari cara sebenar hijrah.

1) Khalifah Umar ibn Khatab RA menetapkan permulaan tarikh tahun baru islam melalui peristiwa Hijrah Rasul SAW dari Mekah ke Madinah.

2) Ada nilai terkandung dalam peristiwa Hūijrah tersebut seperti nilai kemantapan iman; perjuangan; pengorbanan; tabah menghadapi kesulitan; kesusahan; teguh pendirian.

3) Hijrah dikaitkan dengan kata-kata iman dan roh jihad; keberanian;  istiqomah; sifat sabar seperti firman Allah surah Al-baqarah, ayat 218.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allâh, mereka itu mengharapkan rahmat Allâh, dan Allâh Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. {Qs.2:218}

4) Dua aspek berkaitan Hijrah adalah Hijrah qalbiah (perpindahan hati) dan badaniah (perpindahan diri) sepertimana kaum muhajirin telah memilikki kedua-duanya.

5) Hijrah pada masa sekarang menggambarkan hijrah dari perbuatan yang buruk kepada yang baik; dari kurang ketaatan kepada ketaatan sepenuhnya terhadap perintah Allah; ikhlas dalam perbuatan.

6) Dalam melakukan Hijrah, rahmat Allah sangat diharapkan kerana rahmat Allah akan menghantar kita ke SyurgaNya; dengan rahmat Allah juga kita dapat hidup seperti sekarang ini sebagaimana firman Allah surah Al-a'rof/56.
Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.

7) Harapan pada tahun 1438H ini supaya anak-anak menjadi generasi pewaris agama; punya jati diri; milik kekuatan aqidah; milik kekuatan ilmu; kekuatan teknologi sebagai bekalan hidup.

8) Warga berilmu menjadikan kita lebih bijak dan tidak meraba-raba dlm kesesatan; tingkat martabat diri; hapus segala penyakit kejahilan; berusaha capai kecemerlangan.

9) Jadikan tahun baru Hijrah 1438 sebagai satu cara menuju kesejahteraan; singkap rahsia alam ciptaan Allah dan pelajari hukum alam sebagai iktibar.

10) Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri seperti firman Allah dalam surah Ar-ra'd, ayat 11.

Barakallahuliwalakum...

Sumber : Intisari qutbah jumaat 7 oktober 2016
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Hijrah Sebenar Seorang Muslim"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top