Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mengapa Anak Perempuan Lebih Manja Dengan Ayahnya?

Mengapa Anak Perempuan Lebih Manja Dengan Ayahnya? Jika anda ada anak perempuan dan lelaki, anda boleh lihat dengan jelas bahawa anak perempuan anda lebih manja dengan si ayah berbanding anda yang melahirkannya. Pada mulanya saya pun tak percaya kerana saya tidak memiliki anak perempuan. Cahaya mata saya semuanya hero..hihi

Untuk lebih menyakinkan saya untuk mengupas isu ini, saya buat soal selidik dengan rakan yang memiliki anak perempuan dan anak lelaki dalam keluarga. Bukan itu saja, adik beradik saya pun ada yang memiliki anak lelaki dan perempuan, pun saya perhatikan dan berbual dengan mereka. Percayakah anda jika hasil siasatan saya mendapati kebanyakan keluarga (hampir 90%) mengakui bahawa anak perempuan lebih manja dengan ayah masing-masing.

Mengapakah situasi ini berlaku? Adakah ia normal atau apakah kesannya kepada kehidupan anak perempuan ini?

Mengapa Anak Perempuan Lebih Manja Dengan Ayahnya?


Baiklah. Dari sudut islam, seorang ayah memang wajib mendahulukan anak perempuan berbanding anak lelaki. Ia bukanlah kerana prejudis ataupun pilih kasih sebaliknya ia memang dituntut dalam al Quran. Keutamaan berbuat baik kepada anak-anak perempuan adalah seperti memberi nafkah kepada mereka, serta bersabar dalam mengurus seluruh urusan mereka. Kerana anak perempuan adalah ujian kepada ibu bapanya.

Mengapa Anak Perempuan Lebih Manja Dengan Ayahnya?
Seorang ayah beetanggungjawab terhadap anak perempuannya

Anak perempuan merupakan ujian bagi orang tua. Sebahagian orang tidak suka dengan kehadiran anak perempuan dan sangat bergembira ketika memiliki anak lelaki. Oleh sebab itu kehadiran anak-anak perempuan dianggap sebagai ujian. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Anak perempuan disebut sebagai ibtilaa’ (ujian) kerana umumnya manusia tidak menyukai mereka”. Hal ini juga sebagaimana Allah Ta’ala firmankan:

Firman Allah

"Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah, Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu" (An Nahl:58)

Terdapat ganjaran yang besar bagi orang tua yang menjaga kebajikan anak perempuan mereka, iaitu berupa nikmat syurga, terhindar dari siksa api neraka dan dekat dengan Nabi SAW di akhirat.

Anak perempuan yang lebih rapat dan manja dengan ayahnya membesar menjadi anak yang ceria, lebih berjaya dan stabil emosinya. Ini kerana orang lelaki kurang beremosi dalam sesuatu tindakan sebaliknya lebih kepada fakta dan terus terang. Ini menjadikan anak perempuan tersebut lebih tegas dalam sesuatu perkara. Ia menjadikan anak perempuan lebih berdikari.

Mengapa Anak Perempuan Lebih Manja Dengan Ayahnya?
Anak perempuan lebih ceria dan berjaya bila rapat dengan ayahnya?

Lagi satu, anak perempuan yang manja dengan ayahnya akan lebih menghormati lelaki sebagaimana ia dihormati oleh ayahnya. Percaya atau tidak jika saya katakan bahawa anak perempuan yang rapat dan manja dengan ayahnya akan mencari calon suami yang sama sikap dan perwatakan dengan ayah kesayangannya. Banyak kali benda ni berlaku depan mata saya..

Sudah menjadi kebiasaan lumrah manusia bila berlainan jantina senang untuk berkomunikasi dan jarang bertentangan pendapat berbanding dengan sesama jantina. Contohnya anak perempuan dengan ibunya asyik melawan kata tetapi bila ditegur oleh si ayah pandai pula buat muka kasihan. Itulah auta anak perempuan yang buat si ayah kalah..kihkih

Mengapa Anak Perempuan Lebih Manja Dengan Ayahnya?
Ayah adalah hero sebenar anak perempuannya

Anak perempuan menganggap sang ayah adalah hero sebenar mereka. Ada pepatah Inggeris mengatakan bahawa ayah adalah hero sebenar anak perempuan. Ayah adalah hero pertama dan terakhir anak perempuannya. Ayah adalah lelaki pertama dalam hidup anak perempuan.

Ayah tempat berkongsi cerita. Sebab itu anak perempuan lebih manja dan rapat dengan si ayah. Ibu-ibu tak payahlah jealous ya, biarlah anak perempuan anda lebih rapat dengan ayahnya. Ada waktu-waktunya pandangan seorang ayah lebih luas dan dapat menyelesaikan masalah si anak dengan diplomasi. Lagi satu, si ayah akan berfikir banyak kali untuk berbuat jahat atau pun curang dengan wanita lain kerana bimbang anak perempuannya diperlakukan sebegitu pula.

Seorang ayah jarang mengongkong kehendak anak perempuannya. Betul tu, saya perhatikan anak perempuan mudah mendapat apa yang dihajati apabila meminta dengan si ayah. Contohnya nak kerja jadi pilot, kalau si ibu banyak soalan dan alasan sebaliknya si ayah akan mudah menyokong dan memberi keizinan. Kalau membeli belah pun serupa, bila anak perempuan meminta dengan si ayah mudah saja dapat yang dipinta tetapi bila dengan si ibu ada 1001 sebab untuk berjimat. Haha...betul tak?

Secara umumnya bukanlah semua anak perempuan rapat dan manja dengan ayah mereka. Terutama jika dapat seorang ayah yang garang dan ego. Bila timbul situasi begini, anak perempuan sebaliknya lebih suka menyendiri dan membuat keputusan berdasarkan pengalam hidup dan suasana sekelilingnya.

Namun begitu menjadi ayah bukanlah mudah terutamanya dalam zaman yang penuh mencabar ini. Sebarang perkara yang berkaitan antara anak dan ayah harus ditangani penuh psikologi dan sabar umpama menarik rambut dari tepung. Sayangkan anak bukanlah bermaksud kita mengikut kemahuan mereka tanpa usul periksa kerana sebagai ibu bapa kita wajib menunjukkan jalan yang betul kepada mereka walau adakala ia mengguris hati sendiri.

Duhai anak, hormatilah ibu bapa anda selagi mereka masih hidup.

Rujukan:

1. Ganjaran mengutamakan anak perempuan
2. 6 sebab anak perempuan rapat dengan ayahnya

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close