Panduan Cara Solat Sunat Dhuha Yang Mudah

aynora nur | 11 October, 2016,11:41 AM |
Advertisement
Panduan Cara Solat Sunat Dhuha Yang Mudah. Solat sunat Dhuha adalah antara solat sunat yang dituntut melakukannya. Solat sunat Dhuha umpama satu senaman dan sedekah sendi. Solat sunat dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sehingga 12 rakaat dengan satu salam setiap dua rakaat.

Apakah itu solat Dhuha?


Solat Dhuha adalah solat sunat yang dituntut oleh Allah SWT dan dilakukan bertujuan untuk memohon kebaikan yang luas dan keampunan kepada Allah.

Keutamaan Solat Dhuha sendiri ialah untuk memperlancarkan, melapangkan dan mempermudahkan rezeki, menghapus dosa - dosa, mendapatkan pahala solat sunat dan banyak lagi. Tetapi kelebihan Solat Dhuha yang paling besar ialah untuk mempermudahkan rezeki kerana menurut sabda Nabi Muhammad Saw yang berbunyi, ” Sholat Dhuha dapat mendatangkan suatu rezeki dan menolak kekafiran, dan tidak ada yang akan memelihara Solat Dhuha melainkan orang-orang yang bertaubat ”.

Panduan Cara Solat Sunat Dhuha Yang Mudah

Bilakah waktu afdal mulanya dan berakhir solat Dhuha? 


Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuha sehingga masuk waktu Zuhur. Dan waktu tamat atau berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur. Waktu afdhal melakukan solat Dhuha adalah antara pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi.


Panduan Cara Solat Sunat Dhuha Yang Mudah


Seterusnya saya kongsikan cara-cara solat sunat Dhuha yang mudah. Agar semua orang boleh melakukannya sekurang-kurangnya 2 rakaat. Kalau tak mampu buat setiap hari, buatlah seminggu sekali. Semoga hidup kita semua diberkati.

Niat Solat Sunat Dhuha


2 rakaat

Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.

4 rakaat

Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 4 rakaat kerana Allah Taala


Rakaat: 2,4,6 hingga 12 rakaat
Waktu: 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor.
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" Niat dalam hati :

- "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
- Baca Alfatihah hingga akhir
- Baca Surah, pendek pun tak apa, contohnya surah Al Ikhlas. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
- Baca Alfatihah hingga akhir
- Baca Surah, pendek pun tak apa, contohnya surah al Kafiruun. (paling afdhal surah Ad-dhuha)
- Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa 
 
- Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
- Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
- Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha: 

Panduan Cara Solat Sunat Dhuha Yang Mudah

Maksudnya:

Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya ALLAH,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..
~Amennn Ya Rabbal Alamin..~

Rujukan:

1) www.shafiqolbu.wordpress.com
2) http://fazlinazrin.blogspot.my/2013/01/cara-solat-sunat-dhuha-yang-ringkas.html 
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Panduan Cara Solat Sunat Dhuha Yang Mudah"

Solat sunat yang mudah tetapi sering kita abaikan.

Betul tu, kena usaha buat..lama2 rasa rindu klu tak buat..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top