Panduan Memohon Kerja Di Sektor Swasta

aynora nur | 24 October, 2016,9:14 AM |
Advertisement
Panduan Memohon Kerja Di Sektor Swasta | Ramai juga pembaca blog ini yang sedang mencari kerja dan ada yang bertanya panduan memohon kerja dengan syarikat swasta. Saya berpengalaman lebih 10 tahun bekerja di sektor swasta bermula dari jawatan perkeranian, pembantu akaun, pegawai dan eksekutif. Semuanya saya dah rasa. Saya juga pernah bekerja dengan syarikat korporat, syarikat persendirian (keluarga) dan juga syarikat sendirian berhad. Pengalaman bekerja dengan GLC juga menambahkan pengalaman saya berkaitan cara-cara memohon kerja dengan syarikat yang berkaitan.

Memohon kerja dengan syarikat swasta dan kerajaan berbeza cara dan salurannya. Dalam artikel kali ini saya kongsikan panduan memohon kerja dengan syarikat swasta kerana di situlah kepakaran saya.

Panduan Memohon Kerja Di Sektor Swasta

Panduan Memohon Kerja Di Sektor Swasta


Syarikat swasta memberikan gaji yang lebih besar berbanding kerajaan, namun ia tertakluk kepada sesuatu jawatan itu. Mari kita lihat panduan memohon kerja di syarikat swasta:


1. Cari kerja kosong di jobstreet 


Tempat pertama pencari kerja mencari kerja kosong biasanya adalah di jobstreet.com. Walaupun hanya berkelulusan SPM, anda masih boleh mencari kerja yang sesuai di website popular tersebut. Semua level pekerjaan ada. Anda hanya perlu memilih pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelulusan anda, dan ikut arahan yang diberikan untuk berdaftar dengan jobstreet.com.

Selain jobstreet, anda boleh juga mencari kerja di Classifieds, Headhunter.com, Monster.com, Jopoint (M) Sdn. Bhd, Agency Pekerjaan Cityrecruit Sdn Bhd dan banyak lagi.

2. Hantar resume melalui email


Setelah mendapat pekerjaan yang sesuai, hantarkan surat permohonan berserta resume anda kepada email yang disertakan oleh syarikat tersebut. Resume biarlah ringkas tetapi menepati kehendak syarikat pencari pekerjaan.

Baca: Tips menyediakan resume yang betul

3. Panggilan temuduga dibuat melalui email atau telefon


Setelah permohonan anda diproses, pihak HR syarikat akan memberi jawapan panggilan temuduga melalui email atau panggilan telefon. Jarang sekali mereka akan menghantar surat menyurat untuk panggilan temuduga.


4. Hadir temuduga di syarikat yang dipohon


Setelah mendapat panggilan temuduga, anda dikehendaki hadir ke syarikat tersebut. Namun jika anda berada di luar kawasan yang jauh, contohnya syarikat tersebut berpengkalan di UK, anda boleh memohon untuk temuduga melalui video conferencing. Anda tidak perlu pergi ke Uk semata-mata untuk sebuah temuduga yang belum pasti. Saya nasihatkan anda buat semakan latar belakang syarikat tersebut sebelum menghadiri temuduga bagi mengelakkan sindiket penipuan dan sebagainya.


5. Etika pemakaian bebas tetapi kemas


Dalam sektor swasta tiada etika pemakaian tertentu namun perlu diingatkan anda mesti berpakaian kemas untuk menghadiri temuduga. Jangan ambil ringan dengan memakai selipar atau seluar pendek ketika hadir temuduga. Hormati kerjaya yang anda mahukan itu dan berikan imej yang menonjolkan keupayaan anda.

6. Terima tawaran serta merta ataupun dalam masa 2 minggu


Memohon kerja di syarikat swasta mudah sahaja, anda tidak perlu menunggu enam bulan untuk mendapat tawaran kerja melainkan dinyatakan sedemikian. Pihak syarikat biasanya memberikan masa dua minggu untuk menerima atau menolak permohonan anda. Ada juga sesetengah syarikat swasta memberikan jawapan serta merta. Ia bergantung kepada keperluan segera sesebuah syarikat.


7. Waktu bekerja


Waktu bekerja di sektor swasta berbeza-beza bergantung kepada syarikat itu sendiri. Namun kebiasaannya adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. So, anda dikehendaki berada di pejabat dalam waktu yang tepat kerana ada sistem punch card yang diamalkan oleh sesetengah syarikat boleh menyebabkan gaji anda ditolak jika lewat datang kerja. Terutamanya jika bekerja di sektor perkilangan.


8. Gaji dibayar pada bulan pertama bekerja 


Bekerja di sektor swasta memang seronok kerana anda akan dapat gaji pada setiap bulan walaupun dalam bulan pertama bekerja. Mereka tidak akan menyekat gaji anda sehingga 3 bulan berbanding kerajaan.

9. Tempoh percubaan 3 bulan hingga 6 bulan


Tempoh percubaan bekerja di sektor swasta adalah di antara 3 bulan hingga 6 bulan bergantung kepada tingkat jawatan yang disandang.

10. Notis berhenti kerja 24 jam, 1 bulan hingga 2 bulan


Akhir sekali sebagai panduan kerja di sektor swasta, cara berhenti kerja pun agak mudah. Samada anda memilih untuk berhenti kerja 24 jam, memberi notis 1 bulan atau 2 bulan. Ia bergantung kepada apakah jawatan yang disandang.

Setelah anda faham cara memohon kerja di sektor swasta, bolehlah anda mula memohon kerja dan lihat senarai yang saya susunkan di atas. Harap bersabar apabila bekerja di sektor swasta kerana cara kerja yang agak pantas dan biasanya mereka akan mengejar keuntungan berbanding sektor kerajaan yang mementingkan perkhidmatan.

Selamat berjaya!!
Tag : Tips Kerjaya
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Panduan Memohon Kerja Di Sektor Swasta"

Bilq igt blik..susah gk nk dpt kerja swasta ni..

Memang susah Jue, kena ada kemahiran

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top