Rahsia Membaca Surah Yassin Selepas Subuh Sangat Besar Fadhilatnya

aynora nur | 20 October, 2016,10:57 AM |
Advertisement
Surah Yassin sesuai dibaca di mana-mana, untuk semua majlis dan ia disebut sebagai jantung al Quran. Subhanallah. Bila disebut jantung, apa fungsinya? Macam jantung manusia...ia mengepam darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh, bekerja tanpa henti 24 jam dan jika jantung terhenti, kita pun ikut mati. Satu tubuh tak boleh bergerak lagi. Begitu juga dengan surah yassin, ia umpama jentera yang mengerakkan seluruh ayat dan surah dalam al Quran dan saling berkait antara satu sama lain.

Sebab itu surah ini selalu dibacakan kepada orang sakit, orang yang sedang nazak dan yang telah meninggal dunia. Oleh kerana ia dipanggil jantung al Quran, ada sesetengah orang yang nazak atau koma boleh tersedar semula kerana jantungnya telah diubati oleh jantung al Quran iaitu surah Yassin. Wallahua'lam.

Rahsia Membaca Surah Yassin Selepas Subuh Sangat Besar Fadhilatnya


Sebelum baca selanjutnya, cuba baca ini dulu:
- Keberkatan Surah Yassin 
- Kelebihan & hikmah baca surah Yassin selepas solat Fardhu

1) Bila dibaca surah Yasin selepas solat subuh, nescaya Allah Taala mengabulkan segala doa dan permohonan kita. Mintalah apa saja yang baik-baik, insyaa Allah akan dapat. Saya dan mencubanya, memang mujarab. Tetapi berapa ramai dari kita yang kuat menahan mata yang mengantuk untuk menghabiskan bacaan tersebut. Sebab itu sesiapa yang rajin membaca surah Yasin selepas solat subuh, memang dia dari golongan yang beruntung.

Rahsia Membaca Surah Yassin Selepas Subuh Sangat Besar Fadhilatnya
Rahsia Membaca Surah Yassin Selepas Subuh Sangat Besar Fadhilatnya

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin , nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”

Kesimpulannya, jika anda amalkan membaca surah yassin setiap hari, segala urusan anda dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga oleh Allah SWT.

Bermakna, jika kita biasakan membaca surah Yassin setiap pagi selepas solat subuh atau selepas solat dhuha, keperluan kita akan Allah lengkapkan. JANGAN buat amalan ini hanya semata-mata untuk nikmat dunia sahaja sebaliknya jadikan amalan untuk meraih keredhaan Allah SWT.

Perkongsian tentang kelebihan surah Yassin yang dibaca selepas subuh atau setiap pagi di atas saya ambil dari blog hadzrin.com dan jika anda mahu lebih ilmu dan servis konsultan, boleh hubungi beliau di blognya.
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Rahsia Membaca Surah Yassin Selepas Subuh Sangat Besar Fadhilatnya"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top