Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Nasi Goreng Kerabu Ala Thai

Resepi Nasi Goreng Kerabu Ala Thai. Wanita dan resepi memang tak boleh dipisahkan macam irama dan lagu...dimana ada wanita,di situ ada makanan..eh! Betul ke? Macam-macam dicubanya bila ada masa lapang, lebih-lebih lagi bila menghadap resepi. Sekarang ni resepi berlambak kat Google, cuma tinggal mengolah ikut tekak sendiri dan bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk. Hihi...

Asas masakan Thai mudah saja, antara bahan asas adalah cili Thai, daun limau purut dan sos masakan Thai yang hanya diperolehi dari Thailand. Baru ada bau Thai nya... 


Resepi Nasi Goreng Kerabu Ala Thai 
Masakan Thailand dikenali dengan keseimbangan lima perisa asas dalam setiap hidangan atau makanan keseluruhannya iaitu pedas, masam, manis, masin, dan pahit (sebagai pilihan). Sebab itu sos Thai mengandungi perisa asas iaitu pedas, manis dan masam. Itu dah cukup wow...

Sedikit info untuk ibu-ibu..., makanan Thai sering dihidang dengan kepelbagaian sos (nam chim) dan perasa. Ini termasuk phrik nam pla/nam pla phrik (terdiri dari sos ikan, jus limau nipis, cili potong dan bawang putih), emping cili kering, sos cili manis, lada cili potong dalam cuka beras, sos sriracha, atau sos atau pes cili pedas digelar nam phrik. Kan... saya dah kata!

Resepi Nasi Goreng Kerabu Ala Thai


 Resepi Nasi Goreng Kerabu Ala Thai

Nasi Goreng Kerabu ini disediakan untuk hidangan 3 orang sekeluarga, jadi jika nak buat untuk lebih hidangan kena tambahkan bahan-bahan ikut kesesuaian. 

Bahan-Bahan:

2 cawan nasi
Sedikit ikan bilis, digoreng
5 biji cili Thai (rupanya yang merah dan sederhana panjang), dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
2 biji bawang merah di mayang
5 batang kacang panjang, dihiris halus
Sedikit kubis, hiris halus
2 batang serai, hiris halus
Sedikit daun salad - dihiris halus
1 batang bunga kantan, hiris halus
Sedikit daun limau purut, dihiris halus (sebagai hiasan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan Resepi Nasi Goreng Kerabu Ala Thai


1) Panaskan minyak masukan bawang putih dan cili api Thai, masak sampai kekuningan.

2) Masukkan bawang merah, serai, bunga kantan dan kacang. Kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.

3) Kemudian masukan kubis dan ikan bilis. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

4) Hias dengan sedikit bawang goreng, daun limau purut dan sedap dimakan bersama sambal belacan.


Tips:
Berhati-hati jika menambah garam kerana ikan bilis sudah memberikan rasa masin kepada nasi goreng.

Selamat mencuba. Takkan tengok aje gambar nasi goreng kerabu ala Thai tu, mehlah cuba buat. Hidangan yang menyihatkan... 

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Suka nasi goreng kerabu ... Tapi bebudak mesti tak suka sebab ada sayur ... Jenuh plak nak ketepikan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...gitulah kanak2, susah nak makan sayur :)

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close