Header Ads

Resepi Pengat Pisang Mudah


Advertisement
Resepi Pengat Pisang Mudah. Hai...nak resepi lagi? Saya suka nak berkongsi dengan anda semua resepi-resepi mudah agar ianya boleh dicuba oleh sesiapa saja terutamanya kepada mereka yang baru belajar memasak. Resepi kali ini adalah resepi minum petang atau kalau kat hotel ia dipanggil dessert (pemanis mulut).

Pengat pisang antara resepi kegemaran saya, dimana cara buat pun senang dan bahan-bahannya pun mudah nak cari. Hihi...


Ada orang tanya pisang apa yang sedap buat pengat. Sebenarnya semua pisang yang sudah masak boleh dibuat pengat. Tetapi untuk pengat pisang yang sedap, kita harus bijak memilih pisang yang agak kenyal dan tidak lembik bila dibuat pengat. Contohnya pisang nipah, pisang nangka dan pisang tanduk.

Resepi Pengat Pisang Mudah


Bahan-bahan:

5 biji pisang (pisang nipah atau pisang nangka)
500ml santan
100gm biji sagu
200ml gula merah
100gm gula putih
secubit garam
2 helai daun pandan
300 ml air

Cara menyediakan pengat pisang mudah dan sedap



1. Rendamkan biji sagu bersama air sehingga kembang

2. Didihkan air dan masukkan biji sagu yang telah kembang bersama daun pandan sehingga sagu kembang berkilat

3. Masukkan gula merah, gula putih dan santan serta secubit garam

4. Akhir sekali masukkan pisang. Sebatikan rasa. Pengat pisang sedap sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.
Tudung kanak-kanak

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.