Rezeki Income Dari Tudung Si Comel Lagi

Rezeki Income Dari Tudung Si Comel Lagi | Pagi ini dapat email notification dari pihak Tudung Si Comel memberitahu bahawa payment telah ditransferkan ke akaun saya. Siapa tak suka kan? Tengah-tengah bulan pun ada income yang tak dijangka. Inilah syoknya bila usaha kita promosi dan cerita produk orang lain dihargai. Dan yang best, pembaca faham apa yang cuba kita sampaikan.

Kenapa Tudung Si Comel bayar saya? Sebab saya adalah salah seorang agen affiliate mereka. Bagi yang tak tahu apa itu Affiliate, saya terangkan sikit. Secara ringkasnya Affiliate ni merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Program Affiliate ialah apabila anda menjadi orang tengah (agen) mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate anda. {Kalau nak lebih faham boleh cari di Google ya...}

Rezeki Income Dari Tudung Si Comel Lagi 


Saya kongsikan printscreen email dari Tudung Si Comel untuk motivasi kita bersama. Bila kita nampak hasil berblog yang orang lain dapat, maka kita pun berniat untuk sama-sama berjaya seperti mereka.

Rezeki Income Dari Tudung Si Comel Lagi
Notifikasi dari Tudung Si Comel

Alhamdulillah. Setakat ini sudah beberapa kali komisen saya sebagai agen affiliate tudung Si Comel di bayar apabila jumlah terkumpul melebihi RM100.00. Untuk kali ini, komisen yang saya dapat adalah RM121.98.

Untuk makluman, saya telah dibayar sebanyak 3 kali setakat ini dan kaedah bayaran pun mudah iaitu menggunakan pindahan kredit terus ke akaun kita. Senang dan cepat, kan...

Rezeki Income Dari Tudung Si Comel Lagi
Rezeki Income Dari Tudung Si Comel Lagi

Saya ada beberapa produk yang diiklankan di dalam blog sebab saya adalah agen affiliate mereka. Antara produk yang saya iklankan adalah baju muslimah, tudung, ebook dan buku-buku sebenar. Bila pembaca blog membeli belah online dari link ID Affiliate saya, maka saya akan dapat komisen.

Nampak mudah nak jana komisen, kan? Tetapi mana ada kerja yang murah ya kekawan...buatlah promosi produk yang anda pilih itu supaya ia diketahui oleh medium yang luas. Jangan diam aje...haha

Selamat berdaftar menjadi agen affiliate.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.