Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Salam Maal Hijrah Kepada Pembaca Blog Aynorablogs

1 Oktober 2016. Oktober datang lagi dengan teduhnya awan dan semilir angin kenangan. Walau apa berlaku dalam bulan September, hidup harus diteruskan. Pada 2 Oktober, bermulalah tahun baru hijrah kepada umat islam di seluruh dunia. Tahun baru 1438H. Tahun yang penuh cabaran dan diharap kita bersedia menghadapinya. Hadapi segala dugaan dengan iman di dada.

Salam Maal Hijrah Kepada Pembaca Blog Aynorablogs

Maal hijrah... carilah jalan yang lurus, jalan yang benar. Carilah hijrah, bukan sekadar berpeluk tubuh. Kejarlah taufik dan hidayah Allah, bukan menanti tanpa berbuat apa-apa. Hijrah adalah perjalanan panjang yang memerlukan pengorbanan.

Salam Maal Hijrah Kepada Pembaca Blog Aynorablogs


Saya sebagai admin aynorablogs ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1438H. Semoga kita meninggalkan segala yang kelam dan perkara tidak baik di belakang kita. Berjanji untuk melakukan perkara yang baik-baik dan diredhai oleh Allah. Tinggalkanlah perkara yang dilarang sama sekali.

Berdoalah kepada Allah agar memberi ampunan kepada dosa-dosa kita yang lepas dan memberi kits peluang untuk berubah. Jadi lebih baik dan berguna kepada kehidupan yang bakal di lalui pada masa mendatang.

Pada tahun baru 1438H, saya berharap mentari kan terus bersinar terang, membawa banyak khabar bahagia dan Allah mempermudahkan segala urusan setiap hambaNya. Saya memohon agar Allah sentiasa memayungi kehidupan saya, keluarga, sahabat dan pembaca blog ini dengan rahmat dan kasih sayangNya.

Berdoalah agar kita menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelum ini, daripada tahun lalu. Dijauhi kita dari hasutan dan godaan syaitan yang direjam.

Letakkanlah hati-hati kami dalam kekukuhan iman dan janganlah Engkau ya Allah bolak balikkan hati kami. Semoga kami terus istiqamah dalam mencari redhaMu.

Aamiin ....

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. salam maal hijrah....

    pssttt.. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #26

    Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/10/senarai-url-blog-26.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close