Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tanda-tanda Allah Sayangkan Kita

Tanda-tanda Allah Sayangkan Kita. Allahuakbar. Subhanallah. Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah yang memiliki sekalian alam. Alangkah indahnya dunia kita bila tahu ada orang yang sayang kat kita. Kita rasa dunia seakan terhenti dan kalau boleh momen tersebut tidak akan hilang. Betul tak?

Itu baru manusia? Bagaimana  pula jika kita tahu Allah sayangkan kita? Adakah kita juga akan mensyukurinya dengan melakukan segala suruhannya dengan bersungguh-sungguh waima berkorban nyawa? Nak tahu jawapannya...check iman dalam diri sendiri.

Tanda-Tanda Allah Sayangkan Kita


Namun begitu, mari kita tengok tanda-tanda Allah sayangkan hambaNya. Setiap orang melihat tanda-tanda berikut berbeza-beza mengikut tahap keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Antara tanda-tanda Allah sayangkan kita adalah:-

Tanda-tanda Allah sayangkan kita

1) Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut namaNya.

2) Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

3) Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

4) Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

5) Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

6) Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

7) Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

Meminta hanya kepda Allah, Berharap hanya pada Allah, Kerana hnya Allah sahaja yg mampu melakukan apa sahaja. Makhluk langsung tidak berupaya melainkan dengan kehendak dan izin daripada Allah juga.

Alangkah beruntungnya kita jika ditunjukkan tanda-tanda seperti di atas dengan syarat kita melaluinya dengan sabar dan solat. Segala masalah dan ujian yang diturunkan adalah sebagai peringatan kepada kita bahawa dekatlah selalu dengan Allah nescaya Allah tak pernah jauh. 

Wallahu'alam.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close