Aneka Resepi Ayam Yang Sedap Dan Mudah

aynora nur | 18 November, 2016,4:41 PM |
Advertisement
Aneka Resepi Ayam Yang Sedap Dan Mudah. Jika anda berjalan-jalan di Google mencari koleksi aneka resepi yang mudah, sedap dan biasa dimasak sejak turun temurun, anda boleh je cari di blog Inspirasi Wanita ini. Macam-macam resepi ada. Boleh klik pada pautan yang saya berikan ini:

Koleksi resepi: www.aynorablogs.com/p/resepi.html

Dan, dalam entri kali ini saya nak kongsikan aneka resepi ayam yang sedap dan pastinya mudah sebagai lauk pauk harian anda. Insyaa Allah, dengan aneka resepi ayam yang saya senaraikan di bawah memudahkan kerja memasak anda di rumah. Kalau nak cari resepi, taip aje aynorablogs..., akan keluarlah macam-macam resepi best!! Haha...

Namun jika ada salah dan kekurangan dalam penerbitan aneka resepi ayam di bawah nanti, ia adalah kerana kekhilafan dan kekurangan saya sendiri.

Jangan lupa menulis di ruangan komen jika anda ingin bertanyakan sesuatu.

Aneka Resepi Ayam Yang Sedap Dan Mudah


Oleh kerana namanya pun aneka resepi, jadi saya kumpulkan resepi-resepi popular dari blogger masakan yang popular di luar sana seperti En Mat Gebu, Azie Kitchen, Azlita Masam Manis, dan ramai lagi.

1. Resepi Ayam Masak Kicap 

Resepi: Azlita Masam Manis

Aneka Resepi Ayam Yang Sedap Dan Mudah
Ayam Masak Kicap - Azlita Masam Manis 
Bahan A

1 ekor ayam dipotong kecil, dibasuh bersih digaul garam kunyit dan digoreng.
2 biji kentang dipotong bulat dan digoreng
1 pokok daun bawang dipotong 1 inc
4 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1/2 cwn air
3 sudu minyak masak
2 batang cili merah dan 2 batang cili hijau dihiris
1 kiub pati ayam

Bahan B (dikisar)

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 inc halia
1 sudu teh lada hitam

Cara menyediakan Ayam Masak Kicap 


1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dikisar hingga garing. 
2. Masukkan air, kicap, sos cili, sos tomato, kiub ayam dan lada hiris. 
3. Biarkan merenih. kemudian masukkan garam dan rasakan masin nya. 
4. Masuk kan ayam, kentang dan daun bawang. Gaul rata. Siap untuk dihidang.
5. Selamat mencuba ringkasnya resepi ayam masak kicap.

2. Resepi Ayam Goreng Rangup 

Resepi: FB chef Najwa Romli  


Ayam goreng rangup - Najwa Romli
Bahan untuk 1/2 ekor ayam

Bawang putih 1 labu
Serai 4 batang
Halia 3 inci
Lengkuas 3 inci
Daun kari 2 tangkai
Garam dan serbuk kunyit secukupnya

(Hiris semua bahan kecuali DAUN KARI)

Cara menyediakan ayam goreng rangup 


1. Lagi best tumbuk semua bahan tadi. Kalau bizi jugak blender dgn sesudu minyak masak n 2 sudu besar air.
2. Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
3. Sambil tunggu perap tu..susunkan daun pisang dalam periuk kukus. So segala bahan tumbuk tadi tak jatuh. Didihkan air.
4. Susun la lelok ayam dlm periuk kukus. Cam ni haa.
5. Kukus dalam 20 minit. Hasil nya camni. Biarkan sejuk. Kalau nak simpan dalam chiller masukkan dalam bekas kedap udara. 3-4 hari tahan. Bila nak makan terus goreng dalam 5 minit je sebab ayam tu da separuh masak.
6. Ni la hasil gorengan. Ya ampunn..krukk..krakk...habuk dia tu perghh..!! Ayam pun sangatlah lembut even kat luar dah crunhy.

3. Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap 


Ayam masak merah antara makanan WAJIB ketika hari raya di rumah kami. Walau masak berekor-ekor ayam, tetap habis dan langsai. Lagipun ayam masak merah tahan lama dan boleh dipadankan dengan ketupat, nasi ayam, nasi beriani,.. kira serbaguna lauk ayam masak merah ni...

Resepi Ayam Masak Merah 

Baca:
Resepi Ayam Masak Merah Mudah & Sedap


4. Resepi Ayam Goreng Kunyit 

Resepi: Azie Kitchen
Ayam goreng kunyit - sumber Google 
Bahan bahan:

Isi ayam - potong kecil dilumur garam & serbuk kunyit
2 batang kacang panjang - potong 2 inci
1/2 batang karot - potong panjang
1 biji bawang besar kuning - hiris panjang
1 batang cili merah - hiris
2-3 batang cili padi - jika suka
2 ulas bawang putih - ketuk
Gula
Sedikit minyak

Cara menyediakan ayam goreng kunyit ringkas dan rangup 


1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak menggunakan api yang besar. Angkat dan toskan. 

2. Tumiskan bawang putih dan karot terlebih dahulu sebelum dimasukkan kacang panjang, cili merah dan bawang besar. Kacau rata sehingga sayuran lembut. 

3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

4. Akhir sekali masukkan sedikit gula. Sesuaikan rasa. Angkat dan siap untuk dimakan dengan nasi putih panas dan sambal belacan. Jika suka, tuang sedikit kicap di atas nasi.

5. Resepi Sup Ayam Ringkas 

Resepi: myresepi.net 

Ayam Masak Sup Ringkas - Google

Bahan-bahan:

500 gm ayam di potong kecil-kecil
1/2 batang lobak merah di potong 1 inc
2 biji kentang di potong baji
1 biji tomato belah 4
daun sup dan daun bawang di mayang halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga

Bahan kisar:

3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar lada hitam

Cara menyediakan sup ayam ringkas 


1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
2. Lepas itu masukkan ayam dan tunggu sekejap
3. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
4. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang dan masak hingga empuk
5. Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang 

6. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi 


Ha! Yang ini pun resepi faveret my family, makan pun tak jemu dan buat sesedap rasa, tak pedas sangat, tetapi menyengat juga...haha

Aneka Resepi Ayam Yang Sedap Dan Mudah

Baca: Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Lazat 

7. Resepi Ayam Masak Asam Pedas

Resepi: Blogopsi 

Aneka Resepi Ayam Yang Sedap Dan Mudah
Asam Pedas Ayam - Google
Bahan-Bahan:

1 ekor ayam - potong kecil
sekuntum bungan kantan - belah 5
sedikit lada hitam - tumbuk kasar
1 batang serai - dititik
air asam jawa - secawan air dicampur 50gn asam jawa
3 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
daun kesum

Bahan Kisar:

5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
34 tangkai cili kering - gunting rendam dan toskan
sebesar saiz ibu jari belacan
7 ulas bawang merah

Cara Menyediakan Asam Pedas Ayam 


1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian bila minyak dah panas tumis bahan kisar tadi bersama serai hingga harum
2. Masukan daun kesum, bungan kantan, dan ayam. kemudian gaul sebati dan tutup kuali. biarkan hingga ayam mengecut.
3. Masukan juga air asam jawa dan gaul sebati. masukan lada hitam dan perasakan dengan garam secukup rasa kemudian gaul sebati. tambahkan air secukupnya
4. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu hingga ayam empuk. tunggu hingga kuah ayam sudah pekat yang sesuai. matikan api dan hidangkan asam pedas ayam bersama nasi putih panas-panas.

Koleksi aneka resepi lauk pauk ayam yang dikongsiksn di atas adalah antara menu kegemaran rakyat Malaysia. Aneka resepi di atas juga antara resepi popular dalam carian Google. Sila rujuk kredit tuan punya resepi pada setiap tajuk resepi tersebut.

Aneka resepi ayam sedap dan mudah juga diterbitkan sebagai satu cara membantu ibu-ibu di dapur yang tercari-cari menu lauk pauk untuk disediakan kepada keluarga tersayang.

Semoga sedikit sebanyak membantu memudahkan urusan kaum wanita sekalian, khasnya.

Selamat mencuba!
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Aneka Resepi Ayam Yang Sedap Dan Mudah"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top