Cara Buat Blog Mesra SEO Simple

aynora nur | 01 November, 2016,11:01 PM |
Advertisement
Cara Buat Blog Mesra SEO Simple - Saya dah berblog selama 5 tahun dan lebih 8 tahun jika dicampur waktu main-main tulis blog. Dulu blog saya comel lote, cute dan berwarna warni. Kini, keadaan dah berubah. Mata dah celik sebab nampak peluang buat duit dengan blog. Kini saya selesa dengan design blog yang putih bersih dan ringkas.

Berbalik dengan pengalaman dulu, so, saya pun belajar, gali... buat percubaan sana sini, buat blog kemudian delete dan tukar blog lain dan delete lagi. Nak tahu sebab apa saya asyik delete blog? Sebab blog tak laku dan tak ada pembaca. Entri tak pernah naik kat 1st page carian google...huhu...

Suatu hari...saya terbaca tentang SEO (Search Engine Optimization) dan kepentingannya dalam berblog. Jadi saya gali lebih dalam tentang buat blog dan cara buat blog yang mesra SEO. Blog yang mesra SEO menerima trafik daripada enjin carian Google dan bukannya daripada group FB atau media sosial lain yang di ikuti oleh jutaan follower atau subscriber.

Cara Buat Blog Mesra SEO Simple



Cara Buat Blog Mesra SEO dan Simple

Jadi saya kongsikan cara buat blog yang mesra SEO tetapi simple je, melalui pengalaman sendiri serta pembacaan dari blog. Begini caranya:


1. Blog mesti ringan


Nak buat blog yang mesra SEO, kurangkan widget yang kurang berguna seperti widget lagu, widget chatting, dan widget- widget yang berat. Ia menyebabkan blog lambat loading dan orang tak sabar. Hal ini boleh sebabkan pengunjung tidak datang lagi ke blog kita.


2. Mesti rajin buat entri


Nak jadikan blog kita mesra SEO, mesti kena rajin buat entri. Kalau boleh hasilkan 1 entri sehari. Bila blog kita aktif, en Google pun suka dengan blog kita dan di anggap blog yang berintegriti dan boleh dipercayai.


3. Buat blog yang bersih


Blog yang putih bersih memang terbukti lebih mesra SEO. Kalau nak blog kita mesra SEO, jangan gunakan lebih 3 warna utama dalam blog. Jika boleh warna putih biarlah 60% lebih banyak daripada warna lain. Saya lihat blog terbaik dalam carian Google semuanya didominasi blog berwarna putih.

4. Menulis dengan meletakkan ciri-ciri SEO dalam tulisan


Praktikkan ciri-ciri SEO dalam setiap tulisan anda. Artikel mestilah panjang dan lebih daripada 300 patah perkataan. Letakkan heading, sub heading, alt tag image, pengulangan kata kunci lebih 3 kali dan banyak lagi di dalam setiap tulisan anda. Ia menjadikan tulisan anda lebih yakin dan dinamik. Sekaligus menjadikan artikel anda berkualiti.

5. Guna template yang mesra SEO


Antara contoh-contoh template blog yang mesra SEO adalah:

- Sang SEO Responsive by Kang Mousir (macam blog yang saya guna ni)
- template dari arlina design
- Ijonk Responsive Blogger Template

6. Jadikan blog kita mesra SEO dengan gunakan template responsive


Hah! Anda kena ikut trend terkini di mana template blog MESTI bersifat responsif. Iaitu ia sesuai digunakan untuk semua gadget dan mudah dilayari melalui handphone. Kebanyakan pengunjung ke blog saya membaca blog menggunakan medium mobile. Lagipun ia sesuai dilayari di mana saja.

Cara Buat Blog Mesra SEO dan Simple
Pengunjung blog melayari blog menggunakan telefon

7. Tidak banyak iklan pop ups 


Iklan pop ups, klik banyak kali sebelum baca entri, dan lain-lain teknik untuk melambatkan baca post anda memang kurang mesra pengguna. Jika blog tidak ftiendly user, secara tak langsung blog tersebut pun tak mesra SEO.

Cara buat blog mesra SEO di atas adalah antara cara yang telah saya gunakan dan hasilnya memang memberangsangkan. Dengan cepat blog saya mencanak trafiknya, sekarang setiap bulan trafik cecah 1 juta. Tak nak ke? Bila blog mesra SEO income kita pun mendadak naik. Nak buat affiliate pun senang. Pasang Nuffnang pun banyak dapat CPUV. Pendapatan Adsense pun lebih USD100 sebulan.

Macam mana? Tak nak tukar template? Tukarlah kepada template yang mesra SEO agar ilmu yang baik yang anda ada dapat dimanfaatkan.

Selamat berjaya.
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
4 Komen untuk "Cara Buat Blog Mesra SEO Simple"

nice share,,,btul..suka blog simple je...

tips yg bagus, tq nora suggest sy paki template yg mesra seo

Blog simple dan clean disukai en Google..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top