Cara Buat Sambal Ayam Penyet Sedap Menyengat

aynora nur | 29 November, 2016,12:26 PM |
Advertisement
Cara Buat Sambal Ayam Penyet Sedap Menyengat. Ayam penyet memang sedap ditambah dengan sambal tomatonya yang menyengat! Nampak gaya boleh habis satu ekor ayam bila dimakan bersama sambal tomato yang pedas dan sedap. Kalau tak pedas tak 'kaw' orang kata..

Cara yang saya nak ajarkan nanti memang mudah, sambil tengok TV pun boleh buat. Main campak-campak aje tetapi dengan syarat bahan-bahan cukup sukatan..haha

Sambal ayam penyet lebih dikenali sebagai sambal tomato kerana proses membuat sambal ayam penyet tersebut memang mesti letak tomato. Jika tidak rasanya tak ada masam manis, dan air dari tomato sudah cukup sebagai perisa tambahan kepada rasa sambal tersebut.


Cara Buat Sambal Ayam Penyet Sedap Menyengat 


Cara Buat Sambal Ayam Penyet Sedap Menyengat
Sambal ayam penyet kegemaran ramai

Jom kita buat sambal tomato ayam penyet yang menyengat dan pasti sedap. Jangan makan sampai senget sudah ya!! Ada orang guna kan bilis dan ada yang guna belacan untuk sambal ayam penyet ini. Dalam resepi saya, saya hanya gunakan ikan bilis kerana saya tidak berapa gemar dengan belacan. Hihi...


Bahan-bahan:

10 tangkai cili merah hidup
10 biji cili padi (nak pedas lebih kan 3 biji pun ok)
3 biji tomato saiz sederhana - dibelah 4
10 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 genggam ikan bilis
Sedikit garam, gula dan serbuk perisa (jika suka)
1 biji limau kasturi - untuk diperah dalam sambal penyet nanti
Sedikit minyak

Cara menyediakan Sambal Ayam Penyet Sedap Menyengat


Bahan-bahan buat sambal ayam penyet

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan.

2. Kemudian goreng bawang merah, cili dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato yang dibelah empat, goreng seketika sahaja. Angkat semuanya. Biarkan sejuk seketika.

3. Kisarkan semua bahan sambil masukkan sedikit gula, garam dan serbuk perisa hingga lumat.

4. Setelah itu, tumiskan semula dengan sedikit minyak. (Jika pekat sangat boleh tambahkan air panas). Sekejap aje, kemudian angkat.  

5. Sambal tomato ayam penyet sedap menyengat siap untuk dimakan.

Selesai sudah cara buat sambal ayam penyet sedap menyengat dalam koleksi resepi aynorablogs. Jika anda nak cuba pelbagai resepi yang ada dalam blog ini, anda hanya perlu pergi ke menu dan cari RESEPI.

Selamat memasak dalam senyuman...
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Cara Buat Sambal Ayam Penyet Sedap Menyengat"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top