Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara-Cara Pendaftaran Haji Di Dalam Dan Luar Negara

Cara-Cara Pendaftaran Haji Di Dalam Dan Luar Negara - Musim haji telah pun habis dan menjelang tahun baru tahun hadapan, bermulalah lagi episod baru bagi pendaftar haji yang belum pernah pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam ke lima itu. Berdebar-debar menunggu giliran samada akan dipanggil atau tidak oleh pihak Tabung Haji. 

Bagi mereka yang belum memiliki akaun Tabung Haji, anda boleh buka sekarang dengan cara seperti di bawah:

Cara Buka Akaun Tabung Haji  

Kos langsung menunaikan ibadat haji (bagi pertama kali) masih lagi ditanggung sebahagiannya oleh pihak tabung haji. Contohnya Kos Haji langsung bagi musim 1437H adalah berjumlah RM18,890 seorang. Bagi musim 1437H, Bayaran Haji bagi bakal haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, iaitu TH masih meneruskan tanggungan sebanyak RM8,910 seorang.

Cara-Cara Pendaftaran Haji Di Dalam Dan Luar Negara 



Pendaftaran Haji Di Dalam Negara - {SILA KLIK}


(Permohonan Warganegara Malaysia Di Dalam Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji - Berlepas Dari Dalam Negara)

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN HAJI

1. Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM 1,300.00.
2. Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif.
3. Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun.
4. Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun.

SALURAN PENDAFTARAN HAJI

- Semua kaunter TH
- Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat
- Mesin ATM Maybank / Bank Islam
- Laman web :

(Permohonan Warganegara Malaysia Di Luar Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji - Berlepas Dari Luar Negara)

1. PRA SYARAT PERMOHONAN

1.1 Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di luar negara dan mempunyai akaun simpanan (pendeposit) di Tabung Haji (TH) dan terbuka hanya pada tahun semasa sahaja.

1.2 Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk mendapatkan Visa Haji dari Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi (KBDRAS) di negara tempat tinggal pemohon (atau negara yang paling hampir).

1.3 Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Syawal.

1.4 Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di luar negara.

1.5 Pemohon hendaklah mempunyai akaun simpanan (pendeposit) di TH dengan nilai simpanan yang tidak kurang dari kadar semasa Bayaran Haji jemaah haji luar negara (pohon rujuk Para 2 di bawah).

1.6 Pemohon yang telah membuat pendaftaran haji dalam negara hendaklah membatalkan pendaftaran haji mereka, ini kerana setiap bakal haji hanya dibenarkan mempunyai satu nombor pendaftaran sahaja.

1.7 Pemohon wanita hendaklah ditemani oleh suami atau mahram lelaki. Surat perakuan mahram hendaklah diperolehi dari Kedutaan/Konsulat Malaysia di negara tempat tinggal pemohon. Salinan asal surat ini hendaklah nanti dibawa bersama semasa menunaikan haji.

1.8 Sebelum membuat permohonan, bakal haji hendaklah terlebih dahulu mendapatkan penerangan dan penjelasan berkaitan Peraturan Haji Arab Saudi, daripada Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi (KBDRAS) di negara tempat tinggal pemohon (atau negara yang paling hampir), bagi mempastikan tidak ada masalah dari segi visa, pemeriksaan kesihatan, bayaran wajib dan sebagainya. Sebagai panduan, tuan/puan bolehlah melayari laman web KBDRAS di www.mofa.gov.sa.

*Penambahan Maklumat (Mahram bagi bakal haji wanita dibawah 45tahun)


Kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan peraturan mewajibkan mahram lelaki bagi setiap bakal haji wanita berumur bawah 45 tahun bermula pada 1434H.

Bakal haji yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat makluman dan panggilan telefon oleh THCC bagi tujuan meminta mereka untuk mencari mahram lelaki yang menepati hukum syara’ bagi membolehkan mereka (bakal haji wanita) tersebut dapat menunaikan ibadat haji pada tahun ini bersama mahram lelaki yang dikemukakan dan tertakluk juga kepada kekosongan kuota.

Sekiranya bakal haji wanita yang terlibat tidak mengemukakan mahram lelaki, maka secara automatiknya pemergian hajinya akan dibawa ke tahun hadapan dan pemergiannya pada tahun itu juga tertakluk kepada syarat mahram lelaki yang akan dikemukakan kelak.

Sila klik disini untuk maklumat lanjut berkaitan jadual pertalian mahram yang mengikut hukum syara’ dan memerlukan pengesahan.

Sumber: Tabung Haji

Semoga bermanfaat. Simpanlah sekarang di tabung haji, sikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Insyaa Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close