Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Potong Kuku Dengan Betul

Cara Potong Kuku Dengan Betul - Jika anda seorang yang teliti menjaga kebersihan diri, anda pasti tidak menyimpan kuku panjang. DAri kecil saya diajar agar tidak menyimankuku panjang kerana benda-benda kotor mudah terselit di celahan kuku tersebut. Ustaz kata, syaitan suka bergayut di tempat-tempat kotor tersebut...wallahua'lam..

Memotong kuku adalah amalan yang sunnat dilakukan sebagaimana hadis dari Aisyah R.A yang maksudnya, “Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah):memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotongkuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “berkata Mus’ab:
“Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.” (Hadis riwayat Muslim)

Penyepit kuku hadiah dari kawan sekerja..

Cara Potong Kuku Dengan Betul


Cara Potong Kuku Dengan Betul

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.

Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.

Sumber: Read more: http://kotajanji.blogspot.com/#ixzz4P6SjoUJz  

Bila dah lepas potong kuku, apa anda buat dengan sisa kuku yang telah dipotong itu? Adakah anda buang bersepah-sepah? 

Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku. Bila dah tahu caranya seperti di atas, maka selepas ini tanamlah sisa kuku dalam tanah. Saya memang dari dulu lagi buat macam itu kerana sisa potongan kuku juga sebahagian anggota badan kita.

Selamat menjaga kebersihan diri... 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close