Contoh-Contoh Surat Memohon Kerja Sektor Swasta Terbaik

aynora nur | 23 November, 2016,12:17 PM |
Advertisement
Contoh-Contoh Surat Memohon Kerja Sektor Swasta. Surat memohon kerja sektor swasta ada banyak format dan bentuknya. Ada yang hanya menyertakan resume dan sijil-sijil sekolah hingga terlepas pandang untuk menyertakan surat permohonan kerja atau cover letter. Walaupun anda menghantar permohonan kerja melalui email, cover letter mesti disertakan sekali.

Walaupun anda hanya memohon kerja melalui email, anda MESTILAH menyertakan surat permohonan kerja sekali atau orang panggil cover letter. Kalau tak ada surat mohon kerja, macam mana orang nak tahu apa tujuan anda. Ya tak??

Contoh-Contoh Surat Memohon Kerja Sektor Swasta Terbaik


Contoh-Contoh Surat Memohon Kerja Sektor Swasta


Saya sertakan contoh-contoh surat memohon kerja (cover letter) swasta yang anda boleh gunakan dalam resume anda.

Kebanyakan contoh surat memohon kerja (cover letter) swasta adalah dalam bahasa Inggeris:

Contoh 1/ Example 1 - Sample Internship Cover Letter


Sofia binti Harun
No 22, Jalan Paku
Taman Berantah
62100 Melaka
Contact No: 0137008181
Email:

Date: 30 November 2015

Senior Account Executive KPMG
Level 14, Menara Ansar 65,
Jalan Trus, Johor Bahru, 
80000, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Re: Internship In the Public Relations Department

I am writing to you in regards to an internship in the Public Relations department at KPMG. I was referred to you by Carol Johnson from Pan Pacific Hotel. An internship at KPMG would be an ideal way for me to expand my knowledge of the public relations field, while contributing my passion for marketing and strong writing skills.

I am a senior at ABC College, majoring in Management with a concentration in Public Relations. My classes have given me an understanding of the work and importance of the public relations field. Along with the academic knowledge, I have also gained practical experience through an internship at the Administration Department at ABC College. I had the opportunity to write press releases on various courses, seminar, and public speaking, as well as contacted the proper media outlets to update them on schedules and provide highlights of the events. These experiences have given me the background knowledge and ability to apply that knowledge, which will enable me to make an immediate contribution to the Public Relations Department at KPMG.

My resume is enclosed for your consideration.

Thank you for your time, and I look forward to hearing from you soon. Please feel free to contact me at (phone #) or by email at (email address).

Sincerely,


..............................................
Name:

Contoh 2/ Example 2 - Contoh Surat Mohon Kerja Syarikat Korporat


Nur Azhari Bin Zainooddin
F-1-15, Aprt Megah Villa, 
Jalan Megah Warisan 1/6,
Kota Warisan,
43900 Sepang, Selangor.

Tarikh: 17 Oktober 2010

Ketua Jabatan Sumber Manusia & Penerbitan,
Pejabat Pengurusan Al Hijrah Media Corporation,
Bahagian Sumber Manusia & Penerbitan,
Kompleks Pusat Islam, 
Jalan Perdana,50676 Kuala Lumpur
Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI WARTAWAN PENYIARAN

Perkara di atas dirujuk.

Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Wartawan Penyiaran di organisasi tuan/puan.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan graduan yang baru menamatkan pengajian saya dalam bidang komunikasi dan telah di anugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia dalam upacara konvokesyen USM Ogos lalu.

3. Selain itu bagi menamatkan pengajian, saya telah menjalankan latihan industriyang merupakan syarat wajib untuk pengijazahan di Pertubuhan Berita NasionalMalaysia (Bernama) selama 8 minggu yang bermula 11 Mei 2009 lalu.

4. Saya percaya saya sesuai untuk menjadi sebahagian dalam organisasi tuan/puan kerana saya seorang yang sukakan cabaran dalam kerjaya, boleh bekerja dibawah tekanan dan pemantauan yang kurang serta saya seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan dan melalui surat ini juga saya lampirkan bersama resume saya.Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar


.................................................... 
(NUR AZHARI ZAINOODDIN)

##Sumber


Contoh 3/ Example 3 - Contoh Surat Mohon Kerja Industri/ Perkeranian


Murina Binti Mamat
No. 179, Rumah Rakyat,
Kampung Paya Baru,
71000, Port Dickson,Negeri Sembilan

Tarikh: 19 SEPTEMBER 2010
___________________________________________________________________________ 

Penolong Pengarah Perjawatan
Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia
No. 2&4, Jalan Medan Setia 2,
Plaza Damansara, Bukit Damansara,
50490, Kuala Lumpur 

Tuan/Puan,

PERMOHONAN UNTUK JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PEJABAT

Merujuk perkara di atas, saya Murina Binti Mamat (831203-03-5666) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Pejabat di organisasi Tuan/Puan sepertimana yang telah di iklankan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia dalam sebuah akhbar tempatan.

2. Untuk makluman Tuan/Puan, saya memegang jawatan sebagai Pembantu Pejabat dan Juru Kira di Kimrima Enterprise Port Dickson. Saya juga mempunyai pengalaman yang luas dalam urusan pentadbiran pejabat. Jawatan ini merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk mencari dan memohon jawatan secara tetap di organisasi Tuan/Puan.

3. Saya juga mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer dan mahir dalam membuat surat menyurat. Saya juga merupakan seorang individu yang sentiasa berdedikasi, jujur dan bertanggungjawab dalam apa jua bidang yang saya ceburi.

4. Pengalaman saya dalam bidang perkeranian ini telah banyak mengajar saya bagaimana untuk bekerja lebih efisyen dan efektif serta membantu saya membina hubungan kerja yang harmoni dengan pelbagai manusia yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

5. Untuk memudahkan pihak Tuan/Puan, saya juga menyertakan butiran peribadi yanglebih terperinci serta lamipran sijil-sijil yang telah disahkan untuk rujukan Tuan/Puan. Saya juga memohon agar Tuan/Puan menghubungi saya di talian 017-2963459 bagi mendapat tahu prospek dan peluang saya untuk berkerja di salah sebuah organisasi kebajikan yang sangat prihatin kepada masyarakat.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihakTuan/Puan. Keprihatinan Tuan/Puan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar


................................................
(MURINA BINTI MAMAT)
No K/P: 831203-03-5666
No Tel: 017-2963459

Anda boleh copy paste contoh-contoh surat memohon kerja swasta (cover letter) yang sesuai dengan kerja yang dimohon. Tidak perlu mintak izin pun, saya dah ikhlaskan untuk anda. Saya doakan anda dan pembaca blog ini akan berhasil mendapatkan kerjaya yang diidamkan.

Good luck. #positive life #career goals
Tag : Tips Kerjaya
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Contoh-Contoh Surat Memohon Kerja Sektor Swasta Terbaik"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top