Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Masalah Kecemasan

aynora nur | 23 November, 2016,10:18 PM |
Advertisement
Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah. Ramai ibu bapa pening kepala bila tiba bab anak terpaksa 'ponteng sekolah' kerana masalah kecemasan seperti kematian, ada kenduri perkahwinan yang jauh atau di luar kawasan, dan lain-lain alasan yang difikirkan munasabah.

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Masalah Kecemasan

Ada sesetengah guru tidak kisah jika anak-anak murid terpaksa ponteng sehari, namun bila lebih dari 2 hari, Cikgu kelas akan meminta surat ketidakhadiran ke sekolah. Ini dikecualikan bagi yang memiliki sijil cuti sakit dari pihak hospital atau pun klinik yang diiktiraf.

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Masalah Kecemasan


Mohamad Hadi Bin Husin
123, Jalan Bukit Baru
Taman Indah
80350 Johor Bahru, Johor

Tarikh: 17 November 2016

Guru Kelas Darjah 5 Ceria
Sekolah Keb. Tun Hussien
Jalan Ilmu,
80350 Johor Bahru, Johor

Cikgu,


PER: NOTIS TIDAK HADIR KE SEKOLAH KERANA PULANG KE KAMPUNG DI SELANGOR

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah saya ibu/ bapa penjaga kepada (#nama anak) (#No K/P) ingin memaklumkan kepada Cikgu bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada (#tarikh) kerana mengikut kami pulang ke kampung disebabkan masalah keluarga.

Murid yang berkenaan akan kembali semula ke sekolah pada (#tarikh naik sekolah semula).

Kami/ Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.

Semoga di dalam perhatian pihak Cikgu.

Harap maklum.

Yang benar,


.......................................................
(MOHAMAD HADI BIN HUSIN - Nama ibu/ bapa/ penjaga)
No Telefon:


Surat di atas adalah contoh untuk ibu bapa murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana masalah kecemasan. Anda boleh salin dan tukar maklumat yang berkenaan untuk di sesuaikan dengan masalah yang berkaitan.

Saya berharap contoh surat yang diberikan dapat memberikan manfaat kepada ibu bapa yang buntu untuk menyediakan surat tidak hadir ke sekolah tersebut.
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Masalah Kecemasan "
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top