Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenapa Sembelit? Apakah Sebabnya?

Kenapa Sembelit? Apakah Sebabnya? Dalam minggu ni sudah beberapa kali hero kecil saya mengalami sembelit. Sukar untuk buang air besar. Hinggakan saya paksa dia makan pisang, pun masih sukar membuang air besar. Apakah sebabnya?

Sembelit bukan berlaku kepada kanak-kanak sahaja, orang dewasa pun mengalami sembelit. Sembelit selalu menyerang wanita yang baru bersalin, mungkin kekurangan air dalam badan.

Sembelit memang memeritkan, nak buat kerja serba tak kena, macam ada yang tak selesai..kan? Adakah anda rasa begitu juga?? Sebab itu bayi kerap menangis bila sembelit.

Kenapa Sembelit? Apakah Sebabnya?


Sembelit memang memeritkan


Mari kita ketahui sebab mengapa kita sembelit? Saya baca dari wikipedia indonesia dan disesuaikan dengan bahasa kita, antara sebab musabab sembelit adalah:

  • Kekurangan air dalam tubuh atau dehidrasi.
  • Menderita panas dalam.
  • Stres atau tekanan dan aktiviti yang cukup padat.
  • Pengaruh hormon dalam tubuh (misalnya dalam masa haid atau kehamilan).
  • Usus kurang anjal (biasanya kerana sedang dalam masa kehamilan atau usia lanjut).
  • Kelainan anatomis pada sistem pencernaan.
  • Gaya hidup dan pola makan yang kurang teratur (seperti diet yang teruk).
  • Kesan samping akibat meminum ubat yang mengandungi banyak kalsium atau alumunium (misalnya ubat antidiare, analgesik, dan antasida).
  • Kekurangan pengambilan vitamin C dan kekurangan makanan berserat.
  • Merupakan gejala penyakit (contohnya tifus dan hernia).
  • Selalu tahan rasa untuk buang air besar dalam jangka waktu yang lama.
  • Emosi, kerana orang yang emosi atau cemas ususnya kejang, sehingga pertaltik usus terhenti dan usus besar menyerap kembali cairan najis. Akibatnya najis menjadi semakin keras.
  • Jarang atau kurang bersenam
  • Terlebih mengambil serat.
  • Terlebih memakan daging. Terutama daging merah kerana susah dicerna dan memiliki banyak zat besi. Besi adalah zat yang membuat pengerasan najis, membuatnya berwarna gelap dan hitam.
  • Memakan buah atau sayuran tertentu yang dapat memadatkan kotoran secara alami secara berlebihan seperti pisang.
Sembelit boleh dirawat jika kena dengan caranya. Anda boleh baca post saya yang lepas iaitu tentang cara merawat sembelit dengan berkesan.

[Baca...] Cara Merawat Sembelit Dengan Berkesan 

Daripada coretan di atas dapat disimpulkan bahawa sembelit boleh berlaku kerana beberapa sebab iaitu kerana terlebih makan sesuatu makanan, atau salah pengambilan ubat ataupun juga boleh disebabkan perbuatan kita sendiri yang suka melengah-lengahkan rasa nak buang air besar.

Jadi, yang eloknya buatlah sesuatu secara sederhana dan mengikut fitrah. Insyaa Allah sembelit dapat dirawat dengan baik.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Oow banyak rupanya punca sembelit ni.
    Ingatkan sebab kurang minum air aje.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close