Khasiat Buah Mangga Untuk Kesihatan

aynora nur | 01 November, 2016,5:04 PM |
Advertisement
Mangga antara buah kegemaran saya terutamanya mangga harum manis yang banyak di tanam di negeri Perlis. Saya dapat merasa buah mangga harum manis tu daripada seorang kawan yang berjalan ke negeri tersebut. Itu pun berkongsi ramai-ramai sebab jumlahnya yang terhad dan harganya yang mahal.

Ada beberapa jenis mangga yang terkenal di Malaysia, antaranya yang sedang popular mangga Harum Manis (harganya cecah puluhan ringgit sekilo di sesetengah tempat, Mangga Mas Muda/ Melele, Mangga Golek, Mangga Maha 65, Mangga Nam Dok Mai, Mangga Chauk Anan, dan banyak lagi.

Mangga Harum Manis Yang Beraroma

Kandungan zat dalam secawan buah mangga yang di potong dadu adalah:
  • 100 kalori
  • 1 gram protein
  • 0.5 gram lemak
  • 25 gram karbohidrat (23 gram gula dan 3 gram serat)
  • 100% dari keperluan harian vitamin C, 35% vitamin A, 20 % folat, 10% vitamin B-6 dan 8% vitamin K dan potassium
  • tembaga, kalsium dan zat besi, serta antioksidan seperti zeaxanthin dan beta karotena. 
Disebabkan minat dan suka sangat makan buah mangga, terutamanya Harum manis (dahlah harum, manis pulak tu...), saya kongsikan beberapa panduan mengenal dan memilih buah pelam (mangga) harum manis yang sudah cukup matang dan rasanya juga manis:

1. Buah mangga harum manis ni mempunyai bentuknya yang tersendiri. Ia sedikit gempal, tidak terlalu besar dan tidak juga kurus lansing dan berbentuk runcing seperti buah mangga-mangga yang lain. Di hujung ekornya akan kelihatan seolah-olah dua bucu yang tidak tajam. Orang perlis kata ada “2 pungkoq” yang bermaksud “2 punggung.”

2. Isi buahnya tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Picit dan tekanlah sedikit pada kulit buah. Jika terlalu keras sehingga tidak boleh ditekan, ertinya buah masih muda. Sebaliknya jika terlalu lembik sehingga meninggalkan kesan jari apabila ditekan, ia bermaksud ada luka, lebam di dalam buah atau mungkin ia sudah terlalu matang. Saya difahamkan, kalau dibeli melalui kaedah pos, di luar kotak akan ada tertulis tarikh kotak boleh dibuka untuk memberi panduan kepada pembeli supaya buah ini dikupas pada waktu yang benar-benar tepat.

3. Perhatikan dari pangkal buahnya, dan pastikan tidak banyak getah yang keluar. Getah yang banyak menunjukkan buah tersebut masih muda dan rasanya juga masam. Dikatakan ada sesetengah buah yang warnanya akan bertukar kekuningan menandakan ianya sudah benar-benar ranum bergantung kepada gred buah. Anda juga boleh bertanya kepada penjual di Perlis yang rata-ratanya sangat ramah, mesra pelanggan dan tidak lokek berkongsi tips memilih buah yang baik. 


4. Beraroma harum dan manis. Sesuai sekali dengan namanya, buah mangga jenis ini haruslah berbau harum terlebih dahulu supaya isinya juga manis ketika sudah dikupas kelak. Pada kebiasaannya buah yang dipetik terlalu muda akan berbau getah, tidak mempunyai aroma sama sekali, atau ada juga yang berbau harum tetapi sudah kelihatan kecut. Cium-ciumlah buah ini sebelum membeli atau mengupasnya supaya air liur yang hampir kecur meleleh itu, berbaloi!

Salah satu punca yang menjadi kemungkinan buah pelam ini tidak manis seperti yang diharapkan adalah kerana ia dipetik dari pokok terlalu awal sebelum masanya, sedangkan buah tersebut belum betul-betul matang. Jadi, oleh sebab itulah buah yang telah dipekkan ke dalam kotak akan dimasukkan sekali bersama kabaid (belerang) untuk mematangkan buah dengan lebih cepat.

#sumber

Khasiat Buah Mangga Untuk Kesihatan 


Mangga terkenal bukan sahaja sebab rasanya tetapi jangan tak tahu mangga juga banyak khasiatnya. Antara khasiat buah mangga untuk kesihatan adalah (rujukan https://kokotiam.com/khasiat-mangga/: di akses pada 1/11/2016)

1. Menghalang kanser

Kajian menunjukkan di dalam buah mangga terdapat kompoun antioksida yang dilihat boleh melindungi diri dari kanser kolon, payudara, eukimia dan prostat.

Terdapat kompoun seperti quercetin, isoquercitrin, astragalin, fisetin, gailic acid dan methygallat serta pelbagai lagi enzim.

2. Mengurangkan kolestrol

Jumlah fiber yang banyak, pectin dan vitamin C membantu mengurangkan tahap serum kolesterol terutama sekali Low-Density Lipoprotein (LDL).

3. Membersihkan kulit

Boleh digunakan di dalam dan di luar kulit. Mangga membersihkan liang-liang yang tersumbat dan menghapuskan jerawat.

4. Kesihatan mata

Satu cawan mangga yang telah dipotong membekalkan 25% keperluan vitamin A harian anda, yang membantu dalam menjaga penglihatan dan menghalang rabun malam dan mata kering.

5. Membantu pencernaan

Bukan betik sahaja buah yang mempunyai enzim untuk memecahkan protein. Terdapat beberapa buah termasuk mangga yang mempunyai manfaat ini.

Fiber di dalam mangga juga membantu pencernaan dan membuang sisa-sisa dari dalam badan.

6. Mengurangkan panas badan

Buat jus dari buah mangga hijau dan mencampurkannya dengan air dan sedikit gula boleh mengurangkan panas badan dan menghalang keadaan yang bahaya pada badan.

Dari kaca mata perubatan tradisional ayurveda, sebab kenapa orang selalu letih apabila anda berada di kawasan khatulistiwa (Malaysia) ialah kerana tenaga matahari yang kuat memanaskan badan anda terutama sekali di bahagian otot.

Kemudiannya buah pinggang menjadi penuh dengan toksin dari proses ini.

7. Mengalkalikan satu badan

Asid tartaric, malic dan sedikit asid sitrik yang ada di dalam buah itu boleh membantu mengekalkan rizab alkali dalam badan.

8. Membantu mengurangkan diabetes

Daun mangga membantu menormalkan tahap insulin di dalam darah.

Anda boleh panaskan air, rendamkan daun tu pada waktu malam dan kemudiannya minum air tu pada waktu pagi.

Buah mangga juga mempunyai glycemic index yang rendah (41-60) jadi kuantiti yang sederhana tidak akan meningkatkan kadar gular dengan mendadak.

9. Seks yang lebih baik

Mangga merupakan sumber vitamin E yang bagus. Walaupun dulu orang salah faham kaitan antara vitamin E dan keinginan untuk seks, kajian lebih mendalam mendapati kadar yang seimbang di dalam badan memang boleh membantu anda.

Kalau hari Khamis malam jumaat, sesuailah untuk anda memakan buah ini pada awal pagi.

10. Meningkatkan imunisasi badan

Jumlah vitamin C dan vitamin A yang banyak di dalam mangga termasuk 25 jenis karotenoid memastikan sistem imunisasi sihat dan kuat.



Semoga perkongsian tentang khasiat buah mangga untuk kesihatan di atas dapat memberikan info dan manfaat kepada pembaca blog ini. Buah mangga bukan saja bagus untuk kesihatan tetapi sedap juga di buat kerabu mangga jika masih muda. Mangga masak pula sedap dibuat jeruk atau halwa bila tiba musim perayaan. 

Ternyata, mangga memang banyak kegunaannya.  
Tag : Khasiat Buah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Khasiat Buah Mangga Untuk Kesihatan"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top