Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mudahnya Wanita Menjadi Ahli Syurga Tetapi Dengan Syarat...

Mudahnya Wanita Menjadi Ahli Syurga. Ketika mendengar ceramah kuliah subuh ketika di asrama dulu, saya ada mendengar ustaz mengingatkan tentang fitnah akhir zaman yang paling ditakuti. Apakah dia? Berdiri bola roma bila ustaz tu cakap wanita adalah antara fitnah akhir zaman yang dahsyat. Kini, setelah berpuluh tahun berlalu, pesanan ustaz itu benar belaka. Wanita adalah kaum yang mudah mengundang fitnah, memalit dosa dan juga wanita adalah antara yang ramai menghuni neraka. Semoga kita semua yang bergelar wanita tidak menjadi wanita yang membawa fitnah akhir zaman.

Mudahnya Wanita Menjadi Ahli Syurga Tetapi Dengan Syarat...
Mudahnya Wanita Menjadi Ahli Syurga Tetapi Dengan Syarat...

Allah tidak kejam. Diletakkan wanita di tempat yang mulia, lemah lembut dengan perasaan kasih sayang dan diberikan kemuliaan..., syurga di letakkan di bawah kakinya.

Tetapi...

Wanita memang mudah masuk syurga kerana dia tidak ditanyakan tentang pelbagai amanah semasa hidupnya berbanding kaum lelaki. Tetapi, ada syarat-syarat yang mesti dipatuhi agar diri seorang wanita terpilih menghuni syurga Allah dengan memilih sendiri pintu syurga mana yang ia ingin masuki.

Mudahnya Wanita Menjadi Ahli Syurga 


Bila wanita melakukan 4 perkara berikut, cukup baginya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dipilihnya. Subhanallah!!

“Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya.”- HR. Ahmad , Ibnu Hibban dan Thabrani 

1. Solat Fardhu 5 Waktu


Solatlah 5 kali sehari. Itulah syarat utama dan pertama untuk mudahkan wanita menjadi ahli syurga. Jika anda patuh perintah ini tanpa gagal, tahniah, anda sudah mendapat merit untuk masuk ke syurga. Tapi tunggu dulu! Cuba periksa, adakah anda:

a. Solat pada awal waktu
b. Solat sunat rawatib sebelum/ selepas solat
c. Zikir dan wirid selepas solat

Amalan sunat yang mengiringi solat fardhu ini akan melengkapkan checklist pertama anda untuk ke syurga. Solatlah dengan hati yang gembira kerana Allah menyediakan tempat anda di syurga.

Bayangkan jika anda solat pada penghujung waktu atau solat dalam keadaan yang tergesa-gesa, bagaimana anda ‘berani-berani’ nak minta syurga daripada Allah? Berikan kesempurnaan pada ibadah paling utama ini dahulu dan mohonlah kepada tuhan dengan bersungguh-sungguh.

2. Berpuasa Di Bulan Ramadhan


Berpuasa di bulan Ramadhan adalah syarat seterusnya betapa mudahnya wanita jadi ahli syurga. Puasa...anda bermula dengan sebuah niat, kemudian anda berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini adalah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda.

Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semulajadi. Untuk melengkapkan checklist kedua masuk ke syurga, cuba anda periksa, adakah anda:

a. Tadarus/ Tilawah Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan
b. Menahan diri daripada perkara yang mengurangkan pahala puasa seperti mendengar muzik berlebihan dan sebagainya.
c. Melakukan solat-solat sunat di sepertiga malam.
d. Menjamu orang lain berbuka puasa.

Tahukah anda ibadah-ibadah sunat ini membantu melengkapkan puasa Ramadhan anda, alang-alang puasa bukan sekadar lapar dahaga tetapi ibadah seluruh jiwa dan raga.

3. Menjaga Kehormatan Diri


Seterusnya, menjaga kehormatan diri. Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh/longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.

Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.

Mungkin anda sudah menutup aurat, mari kita semak mana tahu ada yang tidak terlintas di hati dengan checklist aurat ini:

a. Pakaian anda tidak jarang, tidak menampakkan bentuk badan anda. Hati-hati memilih saiz pakaian ya!
b. Stokin dan ‘handsock’. Kaki dan lengan anda juga aurat.
c. Tudung atau shawl anda menutup dada, lebih baik kalau melebihi bawah dada.
d. Hati anda seiring dengan hijab anda. Anda lebih mudah menguasai diri apabila hijab ‘menguasai’ ruang aurat anda.

4. Taat Perintah Suami


Syarat yang akhir untuk mudahnya wanita menjadi ahli syurga adalah dengan taatkan perintah suami. Taatkan apabila disuruh membuat kebaikan dan bukan sebaliknya. Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah ‘gemuk’ pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap ‘obesiti’ kantung pahala anda!

Penuhilah permintaan sang suami mengikut kemampuan selagi tidak bertentangan dengan Islam. Jangan lupa suami anda ketua rombongan anda dan dia dalam misi rumah tangga ke syurga. Tidakkah anda mahu menjadi ketua bidadari suami anda di syurga? Layarilah rumah tangga anda dengan bijaksana, kemudikan ia ke destinasi syurga.

Sumber: Tazkirah.net

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close