Enter your keyword

25 November, 2016

Mutiara Jumaat 1 - Sabar Itu Ajaib

Sabar Itu Ajaib - Hari ini hari Jumaat. Entah Jumaat ke berapa dalam tahun 2016 tetapi saya bersyukur kepada Allah SWT kerana masih dapat melaluinya sekali lagi. Bila bicara tentang sabar..., saya orangnya agak penyabar, tenang je orang kata..hihi

Tetapi, sesabar manapun kita, adakala menitis juga airmata menanggung dugaan yang datang tanpa diduga. Orang nampak kita kuat, tetapi hati di dalam hanya Tuhan yang tahu.

Sebab itu saya mendidik hati agar tidak membuta tuli menilai seseorang yang mungkin di luar nampak jahat, sedangkan dia pun macam kita sedang bertarung dengan dugaan terhebat dalam hidupnya. Bila lihat orang lain diuji, kita bermuhasabahlah. Kerana bila kita diuji pula, kita jadi bersangka baik dengan Allah. Sabar itu pun tanda Allah sayangkan kita. Betul kan?

Sabar Itu Ajaib



Mutiara Jumaat 1 - Sabar Itu Ajaib

Bukan semua orang boleh bertahan bila diuji. Ramai yang suka pesan supaya bersabar. Ramai yang hanya pandai menabur kata-kata manis supaya kita dapat bertahan. Tetapi, bila tiba dekat dia diuji sikit, adakah dia orang pun boleh sabar?

Saya ambil daripada FB Safiey Illias, 

Kadang2 Allah SWT bayar ujian demi ujian yg sgt parah dengan reward seperti ini . Sabar itu ajaib. Alhamdulillah.

Saya byk kali di inbox berkenaan apa yg saya akan lakukan untuk kekal motivated dan tidak down. Saya jawab ini sahaja : Dua kali Allah ulang dalam Alquran. "Sesungguhnya kesusahan itu ada kesenangan selepasnya." (Q:S 94:5-6)

Inilah perkongsian saya sedaya mampu saya berbicara tentang sabar. SABAR ITU AJAIB.

Orang yang sabar tanda dia telah berjaya melepasi ujian duniawi yang Allah aturkan untuknya. Dalam masa sama, Allah sedang mengilap nilai iman dalam diri seseorang yang bertarung untuk bersabar. Sabar itu sakit. Tetapi sabar juga ajaib. Satu masa satu saat, ada balasan yang Allah berikan untuk orang yang sabar.

Ajarkan saya untuk bersabar...

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.