Petua Mudah Bangun Pagi Yang Pasti Menjadi

Petua Mudah Bangun Pagi Yang Pasti Jadi - Banyak petua yang boleh dikongsikan untuk nak mudah bangun pagi. Ada yang kata kalau tidur awal mesti mudah bangun pagi. Ada pula yang pasang jam loceng besar biar bergegar sekali katil tu. Haha..., ya ke? Ada juga yang menyarankan pasang ayat-ayat suci al Quran di sebelah katil biar jadi terapi diri ketika tidur dan mudah bangun pagi.

Banyak juga cara-cara mudah bangun pagi, kan? Semuanya bergantung kepada kuat semangat diri memaksa bangun pagi walau tak payah guna jam loceng dan sebagainya.

Petua Mudah Bangun Pagi Yang Pasti Jadi


Tetapi...

Saya ada satu cara mudah bangun pagi yang gerenti jadi dan kita boleh bangun dengan sendirinya.

Cara nak mudah bangun pagi adalah dengan buat perkara-perkara di bawah:

Petua Mudah Bangun Pagi Yang Pasti Menjadi
Petua Mudah Bangun Pagi Yang Pasti Menjadi

1. Tidur awal. Ketika berbaring di katil, mula baca selawat ke atas nabi sebanyak 3 kali.

Allahummasolli 'alaa sayyidina Muhammad, wa'alaa a'limmuhammad - 3 kali

2. Kemudian, tepuk bantal 3 kali sambil berniat, "Ya, Allah ya Tuhanku bantulah aku, wahai Malaikat yang menjagaku, wahai Malaikat yang mengawalku, sedarkanlah aku pada pukul 5.00 pagi. Aamiin.."

Kemudian tidurlah macam biasa.

Dengan izin Allah, kita pasti dapat bangun pada pukul 5 pagi. Saya dah amalkan dari sejak duduk asrama lagi sampailah sekarang. Memang menjadi. Tak payah jam loceng dan sebagainya.

Ini bukan rekaan semata-mata, saya dah mengalami bertahun-tahun. Walau di mana anda tidur, walau ke mana anda pergi..., petua mudah bangun pagi di atas tetap menjadi. Dengan syarat, yakin dengan pertolongan Allah.

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.