Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

PV Blog Sudah Cecah 19 Juta

PV Blog Sudah Cecah 19 Juta - Blog adalah medan penulis bebas menulis secara online dalam isu-isu semasa yang jarang dipaparkan oleh media elektronik aliran utama. Faham tak apa saya tulis tu? Faham-fahamkan sudah la.., sebab itu yang saya faham..

Pageview atau PV blog yang tinggi menggambarkan blog tersebut mungkin ramai pembaca, atau mungkin blog itu hidangkan cerita panas semasa atau pun blog tersebut di 'backup' oleh FB Fanpage yang mempunyai jutaan ahli. Mana saya tahu, mungkin aje...

PV blog saya meningkat naik bulan demi bulan adalah kerana saya menulis berdasarkan pengetahuan SEO saya yang cetek tetapi saya displinkan mengikuti peraturan asas SEO dalam menulis. Kalau anda nak dapat trafik yang tinggi, buatlah apa yang saya kata..., insyaa Allah ada hasilnya.

Cara-cara Tingkatkan Trafik Blog


Ada yang bertanya bagaimana caranya trafik blog saya boleh mencanak naik sejak kebelakangan ini. Saya pun hairan juga tetapi saya pegang prinsip asas SEO dalam menulis artikel. Apa yang saya lakukan adalah mesti letak 3 keywords pada perenggan pertama. Kemudian tulis lebih 300 patah perkataan dan yang ketiga saya akan gunakan heading tag dan subheading dalam artikel tersebut. Itulah asas-asas SEO yang saya terapkan.

Sebab itu saya jarang buat artikel 'Wordless Wednesday' yang terkenal di kalangan blogger kerana saya tak mahu info yang disiarkan melalui gambar tersebut tidak sampai kepada medium yang sebenar. Rugi, kan?

Tapi, kalau gian jugak nak buat WW, saya buat setahun sekali. Haha...

PV Blog Sudah Cecah 19 Juta



PV Blog Sudah Cecah 19 Juta

Pada awal bulan November ni, bila check dekat blogger.com.. PV blog dah cecah 19 juta. Fuh!! Jutawan eden gamaknya...(haha..), jutawan senyap! Insyaa Allah.

Pada bulan Oktober yang lepas, PV blog mencapai 949,764. Satu jumlah yang agak besar jugak tetapi merosot sedikit berbanding bulan September yang dapat 1,136,428. Apa sebab merosot? Sebab saya cuba tukar template blog sebab nakkan pembaharuan. Tetapi kemudian saya tukar balik kepada template yang digunakan sekarang.

Namun begitu, template blog juga memainkan peranan penting dalam menaikkan trafik hari demi hari. Saya ada tulis berkaitan template blog yang sesuai dan mesra SEO, baca di pautan ini,

6 Best Template Blog & SEO Friendly. 

Saya berharap pembca blog ini faham bagaimana saya boleh dapat PV cecah sehingga 19 juta. Jumlah ini saya catatkan dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini semenjak saya tahu kepentingan SEO dalam penulisan online.

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close