Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Cara Memasak Kuih Kole Kacang Paling Mudah

Resepi Cara Memasak Kuih Kole Kacang Paling Mudah - Saya suka kuih kole kacang yang di atasnya ada taburan tahi minyak, lagi banyak tahi minyaknya lagi syok. Haha..,

Biasanya saya dapat makan kuih kole kacang pada bulan Ramadhan, atau ketika ada kenduri tahlil di rumah saudara mara. Sebabnya... saya tak pandai menyediakan kuih kole kacang. Kalau makan, saya teramat pandai la.., hihi

Sedikit info kuih kole kacang, kenapa namanya jadi macam itu? Agak pelik berbanding rasa dan rupanya. Saya terbaca dalam wikipedia, jenis kacang-kacangan yang ada atas muka bumi ni.

Di Indonesia, kekacang dikenali sebagai kacang unasuuk (Sd.), kacang jebrolkacang bandungkacang tubankacang kole, serta kacang banggala. Dalam perdagangan antarabangsa, ia dikenal sebagai (bahasa Inggeris)peanut, groundnut. So, dapat diandaikan bahawa kole kacang dapat nama dari jenis kacangan yang digunakan. Itu sekadar pendapat peribadi saya.

Resepi Cara Memasak Kuih Kole Kacang Paling Mudah


Kuih kole kacang ehsan Azlita Masam Manis

Bahan-bahannya:

Bahan A:-
1 cawan santan pekat - masak untuk tahi minyak
(jika ingin lebih tahi minyak jadikan 2 cawan)

Bahan B:-
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul

Bahan C:-
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau
Secubit garam


Cara Memasak Kuih Kole Kacang Paling Mudah



1. Masak bahan A sehingga menjadi tahi minyak.

2. Ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dalam kuali. (Anggaran minyak - 2 sudu besar)

##Lebihan minyak yang lain di sapu pada loyang.

3. Kemudian masak bahan B menjadi air gula (Campuran gula merah, gula pasir, air dan daun pandan)

4. Setelah gula larut, sejukkan dan ketepikan seketika.

5. Satukan bahan B dan bahan C (air gula merah,
Tepung kacang hijau, santan, garam) di dalam 
satu bekas dan kacau hingga sebati.

6. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa tadi. Kacau selalu supaya tidak bergentel.

7. Masak sehingga pekat, menggelembung dan agak berkilat.

8. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.

9. Taburkan dengan tahi minyak di atas kuih, 

Sejukkan sebelum dipotong.

So, dah siap kuih kole kacang. Jadi nama kole tu panggilan lain untuk kacang hijau kut.., sebab bahan utama kole kacang adalah tepung kacang hijau. Bukan kacang tanah ya, nanti jadi kuih peanut butter..gurau je ;)

Selamat mencuba kekawan pembaca blog. Mesti jadi sebab resepi kole kacang yang saya kongsikan amatlah mudah caranya.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. nampak sedap huhuh..belum pernah rasa lagi..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close