Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Muffin Jagung Kukus Sukatan Cawan

Muffin Jagung Kukus Sukatan Cawan - Resepi yang mudah dan senang nak di sukat memang jadi pilihan ramai surirumah. Yang mudah tu macam mana? Mestilah yang guna sudu, cawan dan mangkuk. Kalau nak guna penimbang itu yang leceh walau sebenarnya cara itu adalah cara yang paling tepat untuk buat kuih atau kek. Biasalah, orang perempuan ni kalau boleh nak semuanya cepat. Al maklum banyak tanggungjawab menanti.

Sebagai alternatif, saya kongsikan resepi muffin jagung kukus sukatan cawan. Resepinya mudah, bahan-bahannya pun senang dapat. Muffin jagung kukus bagus untuk kanak-kanak terutamanya untuk hidangan ketika sambutan hari jadi, atau disediakan untuk sarapan pagi. Lebih baik kurangkan manis, agar khasiatnya sesuai untuk peringkat umur mereka.

Resepi Muffin Jagung Kukus Sukatan Cawan


Resepi Muffin Jagung Kukus Sukatan Cawan

Bahan-bahan:


Bahan A:

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam

Bahan B:

1 cawan jagung krim dalam tin
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 biji telur

Cara menyediakan muffin jagung kukus sukatan cawan


Resepi Muffin Jagung Kukus Sukatan Cawan

1. Ayak bahan A dan gaulkan dengan garam

2. Masukkan bahan B dan kacau rata

3. Masukkan ke dalam acuan kertas yang sudah diletakkan di dalam acuan pengukus

4. Panaskan air kukusan sehingga mendidih

5. Kukus selama 25 minit sehingga 30 minit dengan api yang besar

6. Sedia dihidangkan

Selamat mencuba.

Kalau nak cuba resepi, ,saya suka mencuba resepi yang kukus dan goreng (untuk lauk pauk), kerana caranya yang lebih mudah. Jika anda perasan, kebanyakan resepi yang saya cuba berasaskan kukus. Tujuannya agar anda dapat alternatif memasak selain dari cari yang lebih leceh iaitu membakar.

Walau apapun, pilihan terpulang kepada masing-masing. Selamat memasak...dengan kasih sayang.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close