Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap Mudah

Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap Mudah. Nasi goreng adalah menu yang awal-awal saya dah belajar. Nasi goreng kampung adalah salah satu resepi wajib buat seminggu sekali untuk kami sekeluarga. Nasi goreng kampung ada banyak jenis. Ada yang buat innovasi dengan menghasilkan nasi goreng kampung pelbagai perisa seperti nasi goreng kampung ikan bilis, nasi goreng kampung serai, nasi goreng halia dan banyak lagi.

Mengikut petua Chef Wan, nasi goreng yang sedap adalah bila kita gunakan nasi yang telah disejukkan semalaman. Nasi akan lebih peroi dan tidak lembik bila digoreng.

Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap Mudah 


Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap Mudah
Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap Mudah - gambar Tiffin Biru

Resepi nasi goreng kampung sedap mudah berikut ini saya kongsi daripada blog Tiffinbiru yang pernah diterbitkan pada tahun 2010. Asas buat nasi goreng kampung sama saja iaitu guna nasi yang telah disejukkan, ada ikan bilis dan sedikit sayuran hijau. Tak lupa juga letak cili padi banyak-banyak. Baru jadi nasi goreng kaw..

Bahan-bahan:

4 cawan nasi putih, kalau bagus nasi yang dah semalaman
2 kelopak kobis daun, cuci bersih, toskan dan hiris kasar (ganti sawi pun boleh)
1 genggam ikan bilis, cuci, tos dan goreng garing
2 biji telur
1 keping dada ayam, hiris nipis
1 biji bawang besar, dihiris
Garam secukup rasa
10 biji cili padi Thai - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

Cara menyediakan nasi goreng kampung mudah 


1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan kisar bersama bawang besar, masak hingga harum dan bawang layu. Masukkan garam secukup rasa, gaul rata. Tolak ketepi kuali dan pecahkan telur, kacau dan biar masak.

2. Masukkan isi ayam, sayur kobis dan nasi tadi (pastikan nasi tadi tidak berketul-ketul). Kacau sampai semua rata. 

3. Masukkan ikan bilis goreng dan gaul rata. Masak sejekap dan rasa.

4. Jika ok boleh matikan api, tabur dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

Ha! Dah siap pun perkongsian resepi nasi goreng kampung sedap dan mudah. Nasi goreng kampung ni sedapnya bila ada banyak ikan bilis di atasnya. Bila kunyak krup krap bunyinya.

Nak cuba, silakan. Kongsikan dengan rakan-rakan jika suka, tapi make sure kredit resepi kepada blog ini dan En. Mat Gebu ya..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close